Ketiadaan lima pemain rungsingkan Kim Swee
Lima pemain yang tidak dilepaskan kelab masing-masing bagi menyertai skuad Bawah 23 (B-23) negara menghadapi Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-22 2019 memberi tamparan negatif kepada persiapan pasukan.
Lima pemain berkenaan adalah pertahanan sensasi negara, Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Daniel Amier Norhisham (Felda United), Muhammad Zahril Azri Zabri ( Felda United), Muhammad Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam (Kedah).
Daripada lima pem a i n i t u , t i g a dari- padanya merupakan pemain tengah dan keputusan kelab yang enggan melepaskan pemain masing-masing ternyata merungsingkan ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee.
“Daripada senarai 26 pemain dipanggil, yang merungsingkan adalah di bahagian tengah...dan kita tahu dalam senarai itu Daniel, Zahril dan Fadzrul, ketigatiganya pemain tengah. Kini tinggal dua sahaja pemain di bahagian tengah...hanya tinggal Nik Akif (Nik Akif Syahiran Nik Mat) dan Danial (Muhammad Danial Haqim Draman).
“Jadi saya perlu memikirkan pengganti di bahagian tengah terutamanya dan kemungkinan besar saya akan panggil dua atau tiga pemain esok untuk memastikan kita ada pemain secukupnya di setiap posisi sebelum ke Kemboja,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertama skuad muda negara di sini kelmarin. Bagaimanapun, Kim Swee menaruh harapan m e n d a p -
a t k a n keputusan positif di Kemboja serta berharap pemain yang dipilih dapat mengisi kekosongan dan menampilkan persembahan terbaik.
“Apa yang penting saya harap pemain yang ada bersama skuad kali ini dapat buktikan mereka boleh mengisi slot ditinggalkan tetapi kita juga perlu berusaha keras untuk dapatkan keputusan cukup baik,” katanya.
Dalam pada itu, hari pertama kem latihan pusat skuad B-23 negara hari ini menyaksikan hanya 14 pemain menjalani latihan sementara lima lagi pemain dari Kelantan dijangka melapor diri selewatlewatnya malam kelmarin dan dua pemain lagi masingmasing dari Felda United dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) akan melapor diri semalam.
Kejuaraan AFF B- 22 2019 akan berlangsung pada 17 hingga 26 Februari ini dan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan tuan rumah, Myanmar, Indonesia dan Singapura sementara Kumpulan A dibarisi Thailand, Filipina, Timor Leste, Vietnam, Laos dan Brunei. — Bernama