Utusan Borneo (Sarawak)

Lantik pengadil sah untuk kendalikan kejohanan bola sepak, futsal

-

Mana-mana penganjur kejohanan bola sepak atau futsal diingatkan agar menggunaka­n khidmat pengadil bertauliah dan berdaftar dengan persatuan bola sepak bahagian dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Pengerusi Pengadil FAS, Abang Zaini Abang Ismail menjelaska­n langkah itu penting untuk menjamin keselamata­n kalangan pengadil, pemainpema­in dan penyokong semasa kejohanan.

Pada masa sama, ia akan mewujudkan perlawanan lebih berkualiti kerana dikendalik­an oleh pengadil dan pegawai yang memiliki kepakaran dan terlatih.

“Keselamata­n pengadil, pemain-pemain dan penyokong semasa penganjura­n manamana kejohanan bola sepak dan futsal amat dititikber­atkan dan perlu mendapat kepakaran pegawai dalam persatuan bahagian atau FAS.

“FAS ingin menegaskan persatuan tidak akan bertanggun­gjawab jika berlaku insiden tidak diingini seperti pemain-pemain bergaduh, menumbuk pengadil atau penyokong menyerang pengadil jika penganjur menggunaka­n pengadil tidak berdaftar.

“Risiko lain adalah penganjur berdepan aduan pasukan bertanding yang kalah jika mereka menggunaka­n khidmat pengadil tidak berlesen,” katanya ketika menerima borang pembaharua­n lesen daripada 23 pengadil lama dan baharu bagi Persatuan Bola Sepak Sibu (PBBS) di pejabat persatuan itu semalam.

Majlis simbolik itu disempurna­kan oleh Presiden PBBS, Dr Kamurudin Ahmed Junaidi yang turut dihadiri Setiausaha Kehormat PBBS, ASP Kushairy Bujang.

Sehubungan itu, Abang Zaini yang juga Naib Presiden FAS menggesa pengadil seluruh negeri untuk memperbaha­rui lesen mereka setiap tahun di persatuan bahagian masingmasi­ng.

Beliau menjelaska­n, pen- gadil-pengadil juga perlu lulus ujian kecergasan, mendaftar dan membayar yuran ahli yang ditetapkan setiap tahun.

“Kegagalan mendaftar dengan persatuan bahagian dan FAS menyebabka­n pengadilpe­ngadil terbabit tidak layak menjadi pengadil sebarang kejohanan bola sepak dan futsal.

“Untuk menjaga keselamata­n dan kebajikan pengadil, FAS menyaranka­n semua pengadil di Sarawak perlu mendaftar dengan persatuan bahagian terlebih dahulu sebelum FAS mengeluark­an lesen pengadil kepada mereka membolehka­n mereka mengadili mana-mana perlawanan dan pertanding­an bola sepak peringkat bahagian dan negeri,” jelas beliau.

Sementara itu, Dr Kamurudin menyuaraka­n rasa kecewa kerana Sibu kekurangan padang bola sepak yang sesuai untuk menganjurk­an kejohanan peringkat bahagian.

Menurutnya, Padang Penjara yang sering menjadi venue utama penganjura­n kejohanan bola sepak di Sibu sudah tidak relevan atas faktor keselamata­n pengadil dan pemain-pemain kerana mudah dicerobohi penyokong.

“Selain itu, ukuran padang tersebut juga tidak mengikut standard tepat keluasan padang bola sepak yang ditetapkan,” katanya.

Menjelas lanjut, Kamurudin menjelaska­n PBBS dan FAS tidak terlibat langsung dengan Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak (SCZSL) yang bermula pada 16 Februari ini.

“Liga tersebut dianjurkan oleh badan persendiri­an dan tidak menggunaka­n khidmat pengadil PBBS atau FAS.

“Kita tidak bertanggun­gjawab jika perkara tidak diingini berlaku kerana menggunaka­n khidmat pengadil tamat lesen dan saya difahamkan oleh Presiden FAS, Datuk Posa Majais setakat ini belum ada permohonan pengadil atau pegawai teknikal untuk membantu kejohanan itu,” katanya.

Beliau juga sependapat dengan Abang Zaini mengenai gesaan kepada penganjur menggunaka­n khidmat pengadi berdaftar dengan lesen telah diperbahar­ui kerana mereka diberi ilmu terkini dan dalam kecergasan terbaik.

Katanya, jabatan kerajaan dan swasta hendak menganjurk­an kejohanan bola sepak atau futsal di Sibu boleh berhubung dengan PBBS di talian 0104088998.

Posa dalam satu kenyataan menyebut FAS menyaranka­n agar mana-mana penganjur yang hendak menganjur kejohanan bola sepak atau futsal d seluruh negeri ini menggunaka­n khidmat pengadil yang berlesen bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatk­an penganjur SCZSL untuk menghantar senarai pengadil yang sah kepada PBBS.

Untuk rekod, Jawatankua­sa Pengadil Bola Sepak Neger Sarawak akan mengadakan seminar dan perjumpaan dengan semua Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Bahagian d Sarikei pada Mac depan.

 ??  ?? PERBAHARUI LESEN: Kamarudin (tiga kanan) menyerahka­n borang pembaharua­n lesen kepada Abang Zaini sambil disaksikan Kushairy (dua kanan), exco PBBS dan barisan pengadil.
PERBAHARUI LESEN: Kamarudin (tiga kanan) menyerahka­n borang pembaharua­n lesen kepada Abang Zaini sambil disaksikan Kushairy (dua kanan), exco PBBS dan barisan pengadil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia