Utusan Borneo (Sarawak)

‘Roma’ filem terbaik di Bafta

-

PRODUKSI hitam dan putih Netflix, ‘Roma’ menang besar di anugerah filem Bafta, dan dengan itu menaikkan lagi harapan gergasi striming AS itu di acara anugerah Oscar yang akan berlangsun­g dalam tempoh kurang dua minggu sahaja lagi.

Surat cinta sinematik kepada zaman kanakkanak pengarah Alfonso Cuaron di Mexico City pada tahun 1970-an itu menewaskan komedi gelap ‘The Favourite’ untuk memenangi filem terbaik dan juga pengarah terbaik.

“Saya benar-benar terharu filem ini diterima sebagaiman­a ia diterima,” kata Cuaron di acara anugerah yang berlangsun­g di Royal Albert Hall London kelmarin, yang mana turut dihadiri oleh Putera William dan isterinya Kate.

Cuaron mengucapka­n terima kasih kepada Netflix kerana “mempunyai keberanian” untuk berdiri di belakang filemnya semasa mengambil anugerah berkenaan, sambil menambah bahawa kejayaan filem itu “pada waktu di mana ketakutan dan kemarahan dijadikan alasan untuk memisahkan kita sungguh bermakna kepada saya.”

‘Roma’ mengisahka­n persengket­aan domestik dan hirarki sosial di tengah-tengah pergelutan politik dan memberi tumpuan kepada seorang pengasuh bernama Cleo, yang dilakonkan oleh aktres pribumi Mexico, Yalitza Aparicio.

Netflix UK memberikan ucapan tahniah di Twitter, mengatakan ia adalah sebuah filem yang benar-benar menyentuh perasaan dan memang patut mendapatka­n semua kasih sayang yang diterimany­a.

Kemenangan ‘Roma’ itu mematahkan jangkaan sapuan bersih oleh ‘The Favourite’ yang memenangi anugerah aktres terbaik untuk Olivia Colman sebagai Ratu Anne dan aktres pembantu terbaik untuk Rachel Weisz sebagai peneman setia dan juga kekasihnya.

Filem itu, mengenai ratu British yang perengus dan banyak kerenah pada kurun ke-18 dan seisi istananya yang licik, dicalonkan untuk 12 anugerah dan memenangi tujuh daripadany­a dalam apa yang digambarka­n oleh Colman sebagai “malam yang hebat” untuk barisan pelakon.

“Ini adalah untuk ketigatiga kami. Ia tertulis nama saya tetapi kami boleh menulis nama-nama lain,” katanya di atas pentas, yang turut merujuk bintang bersama Emma Stone yang turut dicalonkan dalam kategori yang sama dengan Weisz.

Colman, 45, bersaing dengan Glenn Close (‘The Wife’) dan Lady Gaga

(‘A Star is Born’) untuk anugerah itu dan sekali lagi akan berdepan dengan mereka berdua di acara anugerah Oscar yang akan berlangsun­g pada 24 Februari ini, dengan Close dilihat sebagai pesaing utama.

Weisz dan Stone juga akan turut bertanding untuk Oscar dalam apa yang dilihat sebagai tahun yang membanggak­an kepada industri filem British. - ‘Dakwaan serius’ - Majlis Bafta pada tahun lepas melihat bintangbin­tang Hollywood muncul di acara permaidani merah dalam warna hitam sebagai sokongan kepada kempen #MeToo.

Edisi 2019 juga tidak kurang dengan skandal.

Bafta mengetepik­an pengarah ‘Bohemian Rhapsody’ Bryan Singer daripada biopik Queen itu dalam pencalonan filem British terbaik selepas muncul “dakwaan yang sangat serius”.

Dakwaan itu merujuk kepada satu artikel dalam majalah The Atlantic AS yang menulis secara terperinci dakwaan salah laku seksual yang termasuk seks bawah umur.

Singer menafikan dakwaan itu dan filem itu masih lagi dicalonkan untuk anugerah, walaupun pada akhirnya gagal untuk menang.

Lakonan Rami Malek sebagai mendiang penyanyi Queen iaitu Freddie Mercury bagaimanap­un berjaya memberikan­nya kemenangan dalam kategori aktor terbaik.

Aktor pembantu terbaik Bafta dimenangi oleh Mahershala Ali untuk filem ‘Green Book’, sebuah drama komedi di mana beliau berlakon sebagai seorang pemain piano jazz dalam satu jelajah Deep South Amerika pada 1962.

Antara bintang-bintang bergemerla­pan yang hadir pada malam itu, satu bintang tidak kelihatan -- Lady Gaga, yang menang anugerah muzik asal terbaik untuk ‘A Star is Born’, kerana membuat persembaha­n di anugerah Grammy di Los Angeles yang turut melihatnya menang tiga anugerah acara itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIIKTIRAF: Aktres British-Guyanese Letitia Wright bergambar dengan ‘Rising Star Award’ yang dimenangin­ya di BAFTA British Academy Film Awards yang diadakan di London pada 10 Februari lepas.
— Gambar AFP DIIKTIRAF: Aktres British-Guyanese Letitia Wright bergambar dengan ‘Rising Star Award’ yang dimenangin­ya di BAFTA British Academy Film Awards yang diadakan di London pada 10 Februari lepas.
 ??  ?? ALFONSO CUARON
ALFONSO CUARON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia