Utusan Borneo (Sarawak)

Media rasmi Korea Utara gesa AS ambil ‘tindakan praktikal yang sepadan’

-

Beberapa media rasmi Korea Utara pada Isnin menggesa Amerika Syarikat (AS) mengambil “tindakan praktikal yang sepadan” sebagai membalas langkah pembasmian senjata nuklear Pyongyang selepas kedua-dua negara menamatkan pusingan pertama rundingan persediaan menjelang sidang kemuncak kedua pemimpin mereka, lapor agensi berita China Xinhua.

Korea Utara mendakwa sudah lama melakukan tanggungja­wabnya di bawah perjanjian yang dicapai dalam pertemuan bersejarah pertama pada Jun tahun lepas antara pemimpinny­a, Kim Jong Un dan Presiden AS Donald Trump, sebagai contoh meletupkan tapak ujian nuklear, dan kini tiba giliran AS untuk berbuat sesuatu sebagai balasan, seperti menarik balik sekatan.

Bagaimanap­un, Washington menegaskan bahawa Korea Utara perlu melakukan lebih banyak lagi sebelum AS boleh mengambil tindakan untuk melonggark­an sekatan.

Menyelaras kesemua perbezaan ini dipercayai merupakan isu utama dalam rundingan minggu lepas yang berlang- sung di Pyongyang antara wakil khas AS bagi Korea Utara, Stephen Biegun dan rakan sejawatnya, Kim Hyok Chol, sebagai persiapan bagi sidang kemuncak kedua Trump-Kim yang ditetapkan pada 27 dan 28 Februari d Hanoi, Vietnam.

“Jika AS memberi respons kepada usaha aktif dan dahuluan kami dengan tindakan praktikal yang sepadan berdasarka­n prinsip mengiktira­f serta menghormat­i rakan sejawatnya, hubungan antara kedua-dua negara boleh maju ke destinasi yang diharapkan dengan pantas,” kata Meari yang merupakan antara media propaganda Korea Utara dalam satu komentar.

Radio Pyongyang juga berkata hubungan kedua-dua negara boleh maju dengan cepat jika AS mengambil “langkah berwibawa dan member respons dengan tindakan praktikal yang sepadan.”

Butiran rundingan pra-sidang kemuncak minggu lepas tidak dikeluarka­n kepada media namun kedua-dua pihak bersetuju mengadakan lebih banyak perbincang­an menjelang pertemuan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia