Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera, ketua tempatan maut dalam serangan Boko Haram

-

Seorang anggota tentera dan seorang ketua tempatan terbunuh dalam serangan Boko Haram di wilayah utara Adamawa di timur laut Nigeria, menurut sumber tentera dan orang awam pada Ahad.

Pejuang yang setia kepada pemimpin puak Abubakar Shekau telah menyerang pekan Madagali pada Sabtu lepas, membawa kepada pertempura­n bersenjata selama dua jam dengan pasukan tentera.

“Kami kehilangan seorang anggota tentera dalam pertempura­n itu. Beliau adalah salah seorang pemandu kereta kebal berperisai,” kata seorang anggota tentera, dalam satu kenyataan disokong oleh penduduk.

Madagali adalah 280 kilometer di utara bandar utama wilayah Adamawa, Yola, berhampira­n sempadan dengan negeri jiran Borno.

Pejuang jihad, yang muncul dengan trak senjata pada kirakira jam 5 petang waktu tempatan, telah terpaksa berundur ke enklaf mereka di Hutan Sambisa, hanya di seberang sempadan negeri di Borno.

“Mereka ( Boko Haram) membunuh seorang anggota tentera dalam pertempura­n dan turut membunuh ketua kampung Gubla ketika mereka melarikan diri ke Sambisa,” kata ketua komuniti Maina Ularamu, seorang bekas ketua pentadbira­n bagi kawasan kerajaan tempatan Madagali.

Tiga mayat pejuang Boko Haram telah ditemui selepas pertempura­n, menurut dua sumber tersebut.

Pada Jumaat lepas, tiga anggota tentera terkorban dalam serangan Boko Haram ke atas sebuah pangkalan tentera berhampira­n dengan ibu negeri Borno, Maiduguri.

Pada Isnin lepas, tiga orang maut dan beberapa rumah dibakar ketika pejuang Boko Haram menyerbu perkampung­an Shuwa dan Kirchina, di kawasan Madagali.

Serangan menggarisk­an ancaman yang berterusan dilakukan oleh Boko Haram di wilayah ini di sebalik dakwaan pihak kerajaan dan tentera bahawa militan telah “dikalahkan secara teknikal.”

Keganasan Boko Haram selama sedekad telah mengorbank­an 27,000 orang dan menyebabka­n kira-kira 1.8 juta kehilangan tempat tinggal di timur laut Nigeria sahaja.

Keganasan turut merebak hingga ke negara jiran Niger, Chad dan Cameroon, mencetuska­n krisis kemanusiaa­n yang teruk. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia