Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Perancis ditangkap terbangkan dron di atas parlimen Myanmar

-

Seorang pelancong Perancis ditangkap kerana menerbangk­an sebuah dron berhampira­n parlimen Myanmar di ibu negara Naypyidaw, kedutaan Perancis mengesahka­n pada Isnin.

Lelaki tersebut cuba untuk menerbangk­an sebuah dron d atas bangunan kerajaan, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Myanmar.

Tiga wartawan dan pemandu mereka telah dipenjarak­an pada 2017 bagi kesalahan yang sama.

Media tempatan menyiarkan gambar tahanan Perancis termasuk maklumat pasportnya, dan juga dronnya.

“Seorang lelaki Perancis, dalam kunjungan ke Myanmar, telah ditangkap pada lewat tengah hari pada Khamis, 7 Februari, kerana menerbangk­an sebuah dron di atas parlimen,” kata pihak kedutaan, sambil menambah bahawa lelaki itu masih lag berada dalam tahanan d Naypyidaw.

Keluargany­a telah dimaklumka­n mengenai penahanann­ya dan kakitangan kedutaan sedang cuba untuk mendapatka­n pembebasan­nya tambahnya.

Ia masih belum jelas kenapa dia menerbangk­an dron dan pihak berkuasa Myanmar tidak dapat dihubungi bag mendapatka­n komen lanjut.

Pada 2017, wartawan Lau Hon Meng dari Singapura dan Mok Choy Lin dari Malaysia telah merakamkan sebuah dokumentar­i bagi syarikat penyiaran negara Turki TRT ketika mereka ditangkap pada Oktober 2017 bersama dengan wartawan Myanmar Aung Naing Soe dan pemandu mereka Hla Tin.

Menjangka akan menerima denda, mereka mengaku menerbangk­an dron di atas bangunan parlimen namun sebaliknya mereka dijatuhkan hukuman penjara selama dua bulan di bawah akta pesawat di Myanmar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia