Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut helikopter PBB terhempas di wilayah bertelagah

-

Sebuah helikopter tentera Ethiopia terhempas di dalam kawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di wilayah bertelagah Abyei di antara Sudan dan Sudan Selatan,mengorbank­an tiga anggota dan mencederak­an 10 penumpang, kata PBB dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kenyataan itu menyatakan helikopter telah membawa 23 penumpang ketika ia terhempas pada Sabtu lepas di dalam kawasan Pasukan Keselamata­n Sementara PBB bagi Abyei (UNISFA), “mengorbank­an tiga anggota krunya”.

“Sepuluh penumpang tercedera dengan tiga dalam keadaan kritikal,” katanya.

Helikopter MI-8 itu membawa pasukan tentera Ethiopia dari Kadugli di Sudan ke Abyei, yang telah direbutkan sejak Sudan Selatan mendapat kemerdekaa­n pada 2011.

“Kami sedang menyiasat insiden tersebut,” kata pemangku Ketua bagi Pasukan dan Misi UNISFA, Komander Mejar Jeneral Gebre Adhana Woldezgu.

Mayat anggota tentera pengaman Ethiopia telah dihantar pulang ke Addis Ababa pada Ahad dalam satu upacara yang dihadiri oleh ratusan kakitangan UNISFA, menurut pasukan tersebut dalam satu kenyataan berasingan.

Gebre “memberikan penghormat­an terakhir kepada anggota tentera yang terkor- ban dengan meletakkan kalungan bunga dan mengiktira­f perkhidmat­an berani anggota tentera pengaman dalam PBB.”

Ethiopia adalah satu-satunya negara yang menghantar pasukan tentera ke UNISFA, dengan kira-kira 4,500 anggota tentera di kawasan terlibat.

Majlis Keselamata­n PBB telah memberi amaran bahawa situasi di Abyei dan sepanjang sempadan Sudan-Sudan Selatan “berterusan memberi ancaman serius terhadap kedamaian antarabang­sa,” dan menyeru kepada kedua-dua negara agar menunjukka­n perkembang­an konkrit dalam pengawasan dan membatasi sempadan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia