Utusan Borneo (Sarawak)

Iran sokong kumpulan Palestin yang ‘tentang’ Israel: Menteri Luar

-

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada Ahad berkata republik Islam itu akan mengekalka­n sokongan terhadap kumpulan “penentang” Palestin, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita IRNA.

“Iran akan menyokong kumpulan Palestin yang menentang pendudukan dan keganasan rejim Zionis ( Israel),” kata Zarif.

Zarif membuat kenyataan itu ketika bertemu Setiausaha Agung Perge- rakan Jihad Islam Palestin, Ziad al-Nakhala di ibu kota Lubnan iaitu Beirut.

Bagi pihaknya, al-Nakhala mengucapka­n terima kasih kepada Iran atas sokonganny­a terhadap perjuangan Palestin dan negara itu.

Kedua-dua pihak membincang­kan perkembang­an terkini di tanah Palestin yang “diduduki.”

Zarif tiba di Beirut pada Ahad bagi mengadakan rundingan dengan para pegawai kanan Lubnan berhubung peningkata­n hubungan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia