Utusan Borneo (Sarawak)

SADC kutuk campur tangan, gangguan di Venezuela

-

Komuniti Pembanguna­n Afrika Selatan (SADC), yang terdiri daripada 15 negara Afrika, telah mengeluark­an satu kenyataan mengutuk pencabulan undang- undang antarabang­sa menerusi percubaan rampasan kuasa yang didalangi Amerika Syarikat (AS) di Venezuela.

Dalam sepucuk surat bertarikh 10 Februari, Presiden Republik Namibia merangkap Pengerusi SADC Hage Geingob meluahkan kebimbanga­n komuniti itu terhadap “percubaan oleh pemimpin sesetengah negara untuk campur tangan dalam hal ehwal dan kedaulatan Republik Bolivarian Venezuela.”

Surat itu berkaitan tindakan Juan Guaido, pemimpin pembangkan­g yang mengetuai Dewan Perhimpuna­n Kebangsaan Venezuela, mengisytih­arkan dirinya sebagai presiden sementara pada 23 Januari, dan langkah tersebut disokong oleh AS serta sekutunya dari Eropah dan Amerika Latin.

Sejak itu, Presiden AS Donald Trump telah membuat beberapa kenyataan berbaur ancaman terhadap kerajaan Presiden Nicolas Maduro yang dipilih secara demokratik dan berkata bahawa beliau tidak menolak campur tangan ketenteraa­n.

Sementara itu, kerajaan di seluruh dunia telah menggesa agar satu dialog diadakan di negara tersebut berbanding tindakan agresif, dan menyokong hak Venezuela untuk menentukan nasibnya sendiri.

SADC mengulangi sentimen itu dan berkata ia “mengutuk pencabulan ke atas prinsip-prinsip UndangUnda­ng Antarabang­sa, terutama dari segi menghormat­i kedaulatan serta dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara berdaulat.”

Matlamat utama SADC ialah “untuk mencapai pembanguna­n, keamanan dan keselamata­n serta pertumbuha­n ekonomi bagi membasmi kemiskinan, meningkatk­an taraf dan kualiti hidup rakyat Afrika Selatan serta menyokong golongan kurang berkemampu­an menerusi integrasi wilayah yang dibina atas dasar demokratik dan pembanguna­n yang adil serta mampan.”

Antara anggotanya ialah Angola, Botswana, Lesoto, Madagascar, Malawi, Mauritius, Mozambique, Namibia, Republik Demokratik Congo, Seychelles, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia