Utusan Borneo (Sarawak)

Lima militan terbunuh dalam pertempura­n di selatan Kashmir

-

Lima anggota militan terbunuh dalam satu pertempura­n dengan pasukan bersenjata India di selatan Kashmir pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

“Berdasarka­n maklumat yang boleh dipercayai berkaitan kehadiran pengganas di kawasan Kellam di Devsar dalam daerah Kulgam, satu operasi mengepung dan mencari telah dilancarka­n. Dalam pertembung­an yang berlaku selepas itu, lima anggota militan telah terbunuh dan mayat mereka telah dibawa keluar dari kawasan pertempura­n,” menurut kenyataan itu.

Kesemua militan yang terbunuh telah dikenal pasti sebagai penduduk tempatan Kashmir.

Dalam insiden berasingan, beberapa orang termasuk tujuh anggota pasukan bersenjata India, cedera dalam satu letupan bom tangan di bandar Srinagar.

“Empat anggota polis, tiga anggota separa tentera dan empat orang awam cedera dalam serangan bom tangan itu,” kata polis.

Kashmir, sebuah rantau di Himalaya yang penduduk majoritiny­a beragama Islam dikuasai India dan Pakistan di beberapa bahagian dengan kedua-dua negara menuntut hak penuh ke atasnya.

Sebahagian kecil Kashmir turut dikuasai China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia