Utusan Borneo (Sarawak)

Protes antikeraja­an Haiti masuk hari keempat

-

PORT- AU- PRINCE: Beratus-ratus orang berhimpun di ibu negeri Haiti, Portau-Prince pada Ahad untuk tunjuk perasaan hari keempat yang menuntut peletakan jawatan Presiden Jovenel Moise.

“Ini menjadikan empat hari di mana orang ramai telah berkumpul di jalan raya dan presiden tidak mengatakan apa-apapun. Itu membuktika­n bahawa beliau adalah tidak kompetens,” kata penunjuk perasaan Louis-Paul Vlanel, ketika satu penghadang berbentuk tayar dibakar berhampira­n.

Bantahan muncul ketika The Core Group – merangkumi seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), duta Perancis,Jerman, Brazil, Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan wakil-wakil dari Sepanyol, Kesatuan Eropah (EU) dan Organisasi NegeriNege­ri Amerika – menyeru kepada ahli politik Haiti agar memasuki dialog mengenai krisis terbabit, menyesali kehilangan nyawa dan kerosakan yang berpunca daripada bantahan tersebut.

Seorang budak lelaki berusia 14 tahun telah terkorban dan seorang pemuda ditembak dan tercedera pada waktu lain dalam bantahan spontan di tengah Port au Prince Sabtu lepas.

Pihak polis mengesahka­n sekurang-kurangnya dua orang maut pada Khamis lepas ketika ribuan di sekitar negara membantah selepas satu permintaan untuk bertindak daripada kumpulan pembangkan­g.

Dalam satu petanda bahawa krisis telah bertambah buruk, beberapa datuk bandar membatalka­n acara pada 3-5 Mac dalam peringkat awal bagi karnival tahunan di negara ini.

Berdepan dengan kemiskinan ekstrem dan 15 peratus inflasi sepanjang dua tahun lepas, rakyat Haiti telah berasa berang dengan satu laporan menamakan lebih12 bekas menteri dan pegawai kanan bagi pengurusan ekonom yang salah dan kemungkina­n salah guna dana pembanguna­n yang dipinjamka­n kepada negara daripada Venezuela sejak 2008.

Laporan turut menamakan sebuah syarikat yang kemudian diketuai oleh Moise sebagai seorang penaung dana kepada projek pembinaan jalan raya yang tidak pernah mempunyai kontrak yang ditandatan­gani. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MARAK: Seorang lelaki melompat di atas tayar yang terbakar semasa tunjuk perasaan terhadap kerajaan pimpinan Moise di jalan raya di Port-au-Prince, Haiti pada Ahad.
— Gambar Reuters MARAK: Seorang lelaki melompat di atas tayar yang terbakar semasa tunjuk perasaan terhadap kerajaan pimpinan Moise di jalan raya di Port-au-Prince, Haiti pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia