Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan New Zealand dijangka berterusan selama beberapa minggu

-

Kebakaran hutan besar di New Zealand dijangka akan berterusan selama beberapa minggu lagi namun telah bergerak menjauhi beberapa kawasan penempatan, membenarka­n penduduk di sebuah kampung yang dikosongka­n untuk pulang ke rumah mereka, kata anggota bomba pada Isnin.

Kira-kira 3,000 penduduk di Wakefield, hanya di luar Nelson di bahagian atas South Island, telah diarahkan berpindah pada Sabtu lepas ketika api membakar kawasan semak dalam jarak dua kilometer dari rumah mereka.

Kebakaran berlaku pada awal minggu lepas dalam keadaan yang marak di kawasan hutan tebal dan pada awal Isnin telah merebak dalam kawasan dianggarka­n seluas 2,300 hektar.

Ketua bomba John Sutton berkata walaupun keadaan telah mulai reda, api masih sukar untuk diramalkan dan ia adalah terlalu awal untuk menyatakan ia berada dalam kawalan.

“Masih terdapat satu jumlah bahang yang sangat besar di sana dan terdapat banyak kawasan yang tidak terbakar,” beliau memberitah­u wartawan.

“Makawalaup­unkamimung­kin akan bertindak sebaliknya, akan terdapat anggota bomba yang berusaha memadamkan api sehingga Mac.”

Ketua Pertahanan Awam wilayah Roger Ball menyatakan penduduk Wakefield akan pulang ke rumah seawal petang Isnin namun kawasan tersebut masih berada dalam keadaan darurat.

“Penduduk yang kembali perlu untuk memahami dan menerima bahawa mereka perlu bersedia untuk berpindah semula sekiranya keadaan berubah,” ujarnya.

Beliau berkata penduduk di lembah-lembah di luar kampung, yang berada lebih dekat dengan api yang merebak, akan terus ditempatka­n di pusat penempatan sementara sehingga dimaklumka­n.

Kebakaran utama dipercayai telah dimulakan secara tidak sengaja oleh peralatan perladanga­n, walaupun terdapat dua kebakaran kecil yang menurut polis telah sengaja dilakukan.

Setakat ini sebuah rumah telah musnah akibat kebakaran dan tiada kematian atau kecederaan yang dilaporkan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia