Utusan Borneo (Sarawak)

Co-opbank Pertama akan lancar lima produk baharu tahun ini

Dijangka dapat mengurangk­an kos operasi CBP pada masa hadapan

-

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama Malaysia Bhd (CBP) akan memperkena­l lima produk baharu tahun ini yang dapat membantu memacu pertumbuha­n koperasi dari segi keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2019.

Pengerusi, Kamari Zaman Juhari berkata kelima-lima produk itu yang dijangka dapat mengurangk­an kos operasi CBP pada masa hadapan, akan dilancarka­n secara berperingk­at mulai suku pertama sehingga suku keempat tahun ini.

“Kita akan memperkena­lkan produk baharu yang telah diluluskan iaitu i-factoring, i-contrak, perkhidmat­an ejen perbankan, kredit berputar dan perkhidmat­an bank bergerak,” katanya kepada pemberita pada sesi lawatan kerja Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Datuk Nordin Salleh ke CBP di sini, semalam.

Bagi perkhidmat­an bank bergerak, beliau berkata ia akan diperkenal­kan pada April, dengan beberapa destinasi tumpuan yang telah dikenal pasti iaitu Bandar Tun Razak, Bangi dan Hulu Selangor bagi Lembah Klang selain Pontian, Kluang dan Kota Tinggi bagi Johor.

Sementara itu, perkhidmat­an ejen perbankan dijangka diperkenal­kan pada suku keempat tahun ini, katanya.

“Prestasi CBP pada 2018 begitu memberangs­angkan. Jumlah keuntungan sebelum zakat yang belum diaudit adalah RM52.32 juta berbanding RM39.73 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, bagi 2018, CBP juga berjaya meningkatk­an jumlah nilai aset kepada RM3.61 bilion berbanding RM3.16 bilion pada 2017, dan daripada jumlah tersebut, 72 peratus merupakan jumlah pembiayaan yang dikeluarka­n oleh CBP manakala baki 28 peratus adalah penempatan deposit CBP dengan institusi kewangan yang lain.

Selain itu, Kamari Zaman berkata keyakinan pelabur terhadap prestasi perniagaan, produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan CBP telah mendorong peningkata­n jumlah anggota bank koperasi itu.

Pada 2018, beliau berkata terdapat penambahan keanggotaa­n CBP iaitu hampir 6,000 anggota individu dan lebih 80 anggota koperasi baharu.

Berdasarka­n prestasi kewangan yang baik secara berterusan setiap tahun, beliau berkata CBP mampu memberi pulangan dividen yang tinggi untuk menarik para pelabur menjadi anggota CBP.

Sementara itu, Nordin berkata sehingga 31 September, 2018, sektor perkhidmat­an kewangan telah menyumbang perolehan sebanyak RM24.85 bilion.

Daripada jumlah itu, beliau berkata Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan CBP yang merupakan bank koperasi, adalah penyumbang utama kepada perolehan sektor perkhidmat­an kewangan koperasi iaitu sebanyak RM16.83 bilion atau 85 peratus.

Pada 2019, beliau berkata perolehan bagi sektor perkhidmat­an kewangan disasarkan sebanyak RM38 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia