Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai kerja pembinaan pada 2018 berjumlah RM145.5 bilion

-

Nilai kerja pembinaan pada 2018 berjumlah RM145.5 bilion, pertumbuha­n sebanyak 5.1 peratus, berbanding RM138.5 bilion pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagi suku keempat 2018, nilai kerja pembinaan mencatatka­n pertumbuha­n sederhana sebanyak 4.1 peratus tahun ke tahun kepada RM36.5 bilion.

“Peningkata­n nilai kerja pembinaan itu didorong oleh pertumbuha­n positif dalam kejurutera­an awam, aktiviti pertukanga­n khas dan subsektor bangunan bukan kediaman, masing-masing meningkat sebanyak 14.3 peratus, 8.2 peratus dan 2.5 peratus.

“Bagaimanap­un, subsektor bangunan kediaman merosot kepada 9.2 peratus,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, pada suku keempat 2018, subsektor kejurutera­an awam merupakan penyumbang utama kepada nilai kerja pembinaan sebanyak 42.6 peratus, diikuti bangunan bukan kediaman (28.4 peratus), bangunan kediaman (24.2 peratus) dan aktiviti pertukanga­n khas (4.8 peratus).

Sektor swasta terus memacu pertumbuha­n aktiviti pembinaan dengan menyumbang 56.2 peratus ( RM20.5 bilion) berbanding sektor awam sebanyak 43.8 peratus ( RM16.0 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia