Utusan Borneo (Sarawak)

IPP Malaysia meningkat 3.1% pada 2018

-

Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian Malaysia ( IPP) bagi 2018 meningkat 3.1 peratus berbanding 2017, kata Jabatan Perangkaan Malaysia semalam.

DOSM dalam satu kenyataan semalam berkata peningkata­n itu disokong oleh pertumbuha­n sektor pembuatan (4.8 peratus) dan sektor elektrik (3.7 peratus).

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pada Disember 2018 IPP meningkat 3.4 peratus berbanding bulan yang sama pada 2017, didorong oleh kenaikan dalam indeks pembuatan, yang meningkat 4.4 peratus, indeks elektrik (2.7 peratus) dan indeks perlombong­an (1.0 peratus).

Beliau berkata subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuha­n pada Disember ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (7.2 peratus), produk kelengkapa­n pengangkut­an dan pembuatan lain (7.0 peratus), dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.6 peratus).

Sementara itu, indeks perlombong­an meningkat 1.0 peratus pada Disember, yang menyumbang sebanyak 2.5 peratus dalam indeks minyak mentah, namun indeks gas asli susut 0.2 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia