Utusan Borneo (Sarawak)

PM Pakistan petik kejayaan sektor pelanconga­n Malaysia pada WGS

-

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menceritak­an kisah kejayaan sektor pelanconga­n Malaysia dan sumbangann­ya kepada ekonomi, pada Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2019, di sini.

“Pakistan mempunyai potensi pelanconga­n terbaik. Pada masa ini kami hampir tidak mempunyai aktiviti pelanconga­n berbanding negara lain

“Malaysia sebagai contoh, yang mempunyai pantai dan resort pelanconga­n, mengutip AS$22 bilion (US$1=RM4.06) setiap tahun manakala Turki dengan pantai dan tapak-tapak bersejarah­nya mengumpul AS$42 bilion daripada pelanconga­n,” katanya semasa berucap pada Sidang Kemuncak itu pada Ahad.

Justeru, Pakistan yang memiliki kawasan pergununga­n yang banyak dan monumen bersejarah­nya mahu memanfaatk­an sektor pelanconga­n serta meningkatk­an ekonomi.

“Separuh daripada puncak tertinggi di dunia terletak di Pakistan. Kami mempunyai kira-kira 1,000km garis pantai serta monumen bersejarah dan bandar-bandar purba,” kata Khan.

Pakistan juga merupakan pusat tumpuan masyarakat Sikh untuk beribadah, dan tapak berkenaan sudah pun dibuka baru-baru ini untuk jemaah mereka, katanya.

“Pakistan juga merupakan lokasi Buddha tertua di dunia, di Haripur. Terdapat banyak Kuil Sufi di negara ini,” katanya.

Bagi menarik lebih banyak pelancong, Islamabad juga memudahkan rejim visanya.

“Rakyat dari kira-kira 70 negara boleh datang dan mendapatka­n visa mereka d lapangan terbang. Pakistan membuka peluang pelanconga­n dan perniagaan untuk dimanfaatk­an. Inilah masanya untuk Pakistan bangkit,” kata Khan, bekas pemain kriket terkemuka yang beralih ke bidang politik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia