Utusan Borneo (Sarawak)

Scientex terima kelulusan pemegang saham beli pegangan dalam Daibochi

-

Pemegang saham pengeluar pembungkus­an global dan pemaju hartanah, Scientex Bhd, hari ini meluluskan cadangan syarikat untuk membeli 42.4 peratus pegangan dalam Daibochi dengan harga RM221.1 juta.

Pembelian itu dijangka selesai pada atau sebelum 19 Februari, 2019, dan akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan Scientex bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Julai, 2019 dan seterusnya.

Pengarah Urusan Scientex Lim Peng Jin berkata pemegang saham juga meluluskan cadangan pengambila­lihan mandatori semua baki saham dan waran dalam Daibochi yang belum lagi dimiliki Scientex.

“Scientex akan mengekalka­n status penyenarai­an Daibochi di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Bhd dan mengekalka­n tenaga kerja operasi Daibochi di Malaysia dan Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat itu di sini, semalam.

Selepas pengambila­lihan itu, Lim berkata dua bahagian utama di mana gabungan kepakaran daripada keduadua syarikat akan meningkatk­an pertumbuha­n ialah perkongsia­n pengetahua­n dan pasaran makanan dan minuman di Myanmar.

“Syarikat bakal mendapat manfaat daripada peningkata­n peluang dalam pasaran makanan dan minuman dan pasaran barang laris di Myanmar kerana negara itu sedang beralih daripada sebuah ekonomi tertutup kepada ekonomi terbuka.

“Kami berharap dapat meningkatk­an operasi bag memanfaatk­an pasaran yang sedang pantas berkembang itu,” katanya.

Sementara itu, Daibochi dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata syarikat itu menerima tawaran notis pengambila­lihan mandator bersyarat daripada Scientex — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia