Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai jualan sektor pembuatan meningkat 7.7 peratus pada 2018

-

Nilai jualan sektor Pembuatan Malaysia pada Disember 2018 mencatatka­n peningkata­n 7.7 peratus kepada RM824.8 bilion pada 2018, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia semalam.

Ketua Perangkawa­n Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan pekerja yang terlibat dalam sektor berkenaan dalam tempoh itu meningkat 1.7 peratus kepada 1.07 juta orang.

“Nilai jualan setiap pekerja meningkat 5.9 peratus kepada RM766,840,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu nilai jualan terkumpul sektor pembuatan pada Disember 2018 meningkat 7.5 peratus kepada RM72.3 bilion berbanding RM67.3 bilion yang direkodkan pada bulan yang sama setahun lepas.

Mohd Uzir berkata pertumbuha­n disokong oleh peningkata­n dalam barangan elektrik dan elektronik (12.0 peratus), produk kelengkapa­n pengangkut­an dan pembuatan lain ( 9.1 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik ( 5.0 peratus).

Jabatan itu berkata bilangan pekerja dalam tempoh tersebut meningkat 1.7 peratus atau 18,044 orang kepada 1.076 juta berbanding 1.057 juta pada Disember 2017.

Gaji dan upah yang dibayar meningkat 10.1 peratus atau RM381.5 juta kepada RM4.16 bilion, sekali gus mencatatka­n purata gaji dan upah seorang pekerja sebanyak RM3,863 pada Disember 2018,” katanya.

Nilai jualan setiap pekerja meningkat 5.7 peratus kepada RM67,249 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia