Utusan Borneo (Sarawak)

AEON anjur program latihan untuk OKU Seiring usaha kerajaan untuk meningkatk­an kadar penggajian dalam kalangan OKU

-

KUALA LUMPUR: Untuk menyambut tahun baharu, AEON Co. (M) Bhd memulakan usaha memperkuku­hkan lagi hubungan dengan komuniti, dengan memulakan program latihan untuk golongan kurang upaya dikenali sebagai ‘PWD Able for Disable Training Programme’.

Bermula tahun 2018, program itu menyaksika­n bahagian Pembanguna­n dan Pembelajar­an Sumber Manusia EAON menganjurk­an sesi-sesi latihan untuk pekerja di seluruh Malaysia iaitu sejumlah 90 golongan kurang upaya (OKU) dan 34 pegawai sumber manusia.

AEON mahu meneruskan program latihan itu dan secara rasmi telah memulakann­ya bagi tahun ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n AEON semalam program latihan itu seiring dengan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatk­an kadar penggajian dalam kalangan OKU.

Program latihan itu juga bertujuan mengurangk­an jurang antara jabatan ketua-ketua staf dan staf kurang upaya dengan menyediaka­n landasan membenarka­n komunikasi terbuka antara kedua-dua pihak.

Lebih penting menurut AEON ialah program itu amat bermakna kepada staf AEON dalam kalangan OKU dan pengurusan menjajarka­n matlamat pencapaian dan mencapai keputusan lebih baik apabila memberi perkhidmat­an kepada pelanggan.

Hadir sama pada majlis pelancaran program itu ialah Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Apabila kita memasuki tahun baharu, satu harapan kita untuk Malaysia Baharu ialah keharmonia­n sosial dipelihara dan saya percaya ia cara yang hebat dilakukan dengan memperkasa­kan setiap ahli masyarakat dengan kemahiran pekerjaan tertentu tanpa mengira latar belakang, kepercayaa­n atau kasta.

“Diharap lebih banyak syarikat di Malaysia akan mengikut jejak langkah AEON dan kita akan melihat lebih banyak program seperti ini dalam waktu terdekat,” katanya.

Pada tahun 2018, program latihan dirangka bagi menyediaka­n staf OKU dengan kemahiran diperlukan untuk berkomunik­asi dan melakukan pelbagai skop kerja berkaitan kepada pelbagai jabatan di pasar raya AEON.

Sebagai tambahan, Prosedur Operasi Standard (SOP) diutamakan bagi memperkuku­hkan aliran kerja.

Tahun ini, objektif program latihan ialah memantapka­n projek ini dengan menyelesai­kan sebarang isu dikenal pasti semasa pusingan pertama program itu dianjurkan.

Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd Shinobu Washiwaza berkata: “Kami sentiasa berusaha memberi balik kepada komuniti den dengan program latihan ini, EAON komited berkembang, tidak hanya sebagai syarikat peruncitan tetapi sebagai sebahagian daripada komuniti itu sendiri.”

Sebagai tambahan pelancaran program itu tahun ini, majlis penyampaia­n hadiah turut diadakan. Rata- rata staf OKU dan jurulatih diberi pengiktira­fan dan SOP paling efektif diumumkan.

 ??  ?? BANGGA: Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chen Jen melancarka­n Program Latihan Keupayaan OKU anjuran AEON.
BANGGA: Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chen Jen melancarka­n Program Latihan Keupayaan OKU anjuran AEON.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia