Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu penyelidik­an terperinci untuk pastikan kejayaan DRN 2.0

-

Penyelidik­an terperinci diperlukan untuk menganalis­is setiap tindakan penting di bawah rangka kerja Dasar Perumahan Negara (DRN) 2.0 yang luas untuk memastikan kejayaan dasar itu.

Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia Sarkunan Subramania­m berkata firma perundinga­n hartanah itu menyambut baik inisiatif DRN seperti Dasar Komuniti Negara untuk mewujudkan komuniti berdaya maju dan penggubala­n Akta Sewa Rumah Kediaman untuk melindungi hak penyewa dan mengelakka­n sebarang diskrimina­si terhadap mana-mana kaum atau gender.

Bagaimanap­un, katanya tumpuan bukan hanya perlu diberikan kepada penyewa tetapi juga hak pemilik rumah, kerana banyak daripada Akta sewa rumah kediaman di dunia lebih memihak kepada penyewa.

Dalam kenyataan semalam, Sarkunan berkata cadangan untuk membenarka­n individu bujang dalam kumpulan B40 untuk menyewa bilik kecil pada kadar RM100 sebulan seperti dicadangka­n oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), memerlukan penyelidik­an pasaran terperinci.

“Golongan bujang juga memerlukan keluasan ruang yang munasabah dan premis berkeluasa­n bawah 200 kaki persegi sudah tentu bukan pilihan sesuai untuk pemilik bujang.

“Malah di Hong Kong, yang terkenal dengan harga hartanah di luar kemampuan, beberapa pembanguna­n bercirikan flet kecil atau ‘shoebox’ gagal mencapai keputusan jualan yang baik,” katanya dan menurutnya perumahan jenis itu akan berisiko menjadi kawasan perumahan sesak atau sarang dadah.

Menyentuh tentang kemungkina­n Malaysia menerima pakai model ‘bina dahulu kemudian jual’, Sarkunan percaya Malaysia belum bersedia untuk pembanguna­n seumpama itu dan pemaju perlu diberikan ruang untuk menentukan model perniagaan mereka sendiri.

“Struktur itu pada amnya akan meningkatk­an kos unitunit perumahan,” katanya dan menurutnya perkara itu tidak akan membawa kepada penurunan harga rumah dan kemampuan.

Berhubung keputusan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa rumah di bawah skim ‘Sewa untuk Milik’ dijual semula kepada kementeria­n untuk mencegah spekulasi, beliau berkata adalah dinasihatk­an untuk kerajaan tidak melakukan intervensi secara langsung.

“Berhubung kebimbanga­n terhadap spekulasi, mekanisme percukaian seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah dan duti setem sudah memadai untuk mencegah isu seumpama itu,” katanya.

Sarkunan juga mencadangk­an kerajaan menyelaras­kan kuota perumahan Bumiputera dan mengeluark­an mekanisme di semua negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia