Utusan Borneo (Sarawak)

TERKENAL:

Saham Trive Property meningkat susulan berita pengambila­lihan

-

KUALA LUMPUR: Saham-saham Trive Property Group Bhd meningkat dalam dagangan pagi semalam di Bursa Malaysia susulan berita mengenai pengambila­lihan sahamnya.

Pada jam 11.43 pagi, saham syarikat itu meningkat 33.3 peratus atau setengah sen kepada dua sen, dengan 110,500 saham.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, AT Systematiz­ation Bhd berkata ia mengambil alih 9.1 peratus kepentinga­n dalam Trive Property membabitka­n RM2.9 juta, berikutan rancangann­ya untuk memperluas perniagaan dalam tenaga solar.

Ia berkata pengambila­lihan itu dibuat menerusi anak syarikat milik penuhnya, AT Precision Tooling Sdn Bhd, melibatkan penempatan 213.3 juta saham pada 13.7 sen sesaham.

AT Systematiz­ation berkata ia sedang mengenal pasti peluang untuk memanfaatk­an usaha sama baharunya dengan Trive, termasuk potensi penyumbera­n panel solar dan produk solar bagi penyelengg­araan berjadual loji fotovoltan solar sedia ada selain untuk peluasan akan datang selain menambah loji solar fotovoltan. — Bernama

 ??  ?? Produk minuman ringan Coca-Cola dipamerkan di rak pasar raya Carrefour di Montreull di Perancis.
Produk minuman ringan Coca-Cola dipamerkan di rak pasar raya Carrefour di Montreull di Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia