Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia naik taraf sistem tempahan

-

AirAsia akan menaik taraf sistem tempahanny­a yang menggunaka­n sistem Navitaire New Skies pada hujung minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediaka­n pengalaman tempahan dalam talian yang yang lebih baik kepada para tetamu.

Tempahan penerbanga­n tidak akan tersedia semasa tempoh naik taraf ini bermula jam 2 petang pada hari Sabtu, 16 Februari sehingga jam 3 pagi dan pada 17 Februari melalui laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

Para tetamu juga tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan mereka sehingga proses naik taraf ini selesai.

Semua tetamu yang bakal membuat perjalanan dalam tempoh ini dinasihatk­an untuk mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk penerbanga­n, atau menggunaka­n pas masuk elektronik jika tersedia.

Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbanga­n untuk semua penerbanga­n AirAsia dan AirAsia X.

Para tetamu juga disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurangku­rangnya 3 jam sebelum waktu penerbanga­n yang dijadualka­n untuk mengelakka­n sebarang kesulitan.

Ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk promosi dan aktiviti terkini, atau hubungi bahagian khidmat pelanggan di Twitter (@AirAsiaSup­port) atau di support.airasia.com untuk sebarang pertanyaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia