Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor minyak, gas kekal jadi tumpuan kerajaan

-

Industri minyak dan gas (O&G), sumber pendapatan eksport kedua tertinggi Malaysia selepas sektor elektrik dan elektronik akan terus menjadi bidang tumpuan kerajaan pada tahun ini meskipun harga minyak yang tidak menentu.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata di samping mengatasi isu penyusutan harga minyak, Malaysia turut memberi tumpuan kepada produk hiliran.

“Kami memberi perhatian terhadap produk hiliran dan menjangka aktiviti (pelaburan) berikutan Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

“Ini merupakan pelaburan besar,” katanya memaklumka­n pelaburan di Pengerang dilaksanak­an oleh syarikat lain.

“Apabila tiba masanya, kami akan membuat pengumuman,” katanya kepada pemberita selepas sesi jaringan bersama agensi-agensi di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) di sini, semalam.

Ong berkata di sebalik cabaran yang dihadapi indus- tri itu, tiada syarikat ditutup namun beberapa syarikat memilih untuk mengecilka­n operasi mereka.

Menurutnya MITI bersedia berbincang dengan penggiat industri untuk menambah baik industri hiliran minyak dan gas selain meningkatk­an ekonomi negara.

“Harga minyak diniagakan pada AS$40 setong sebelum ini dan dijangka berlegar antara AS$60 dan AS$70 setong. Ini adalah mencukupi bagi penggiat industri untuk menyemak semula aktiviti cari gali dan pengekstra­kan. Saya optimis dengan industri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia