Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Menteri arah struktur bangunan haram dirobohkan Tindakan meroboh bersesuaia­n dengan arahan mahkamah

-

TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengarahka­n supaya sturuktur bangunan haram di kawasan lapang Sabindo, bandar Tawau diambil tindakan segera sesuai dengan arahan mahkamah.

Mengambil kira keputusan mahkamah supaya bangunan itu dirobohkan, Shafie berkata langkah yang sejajar dengan perintah itu perlu dilaksanak­an, lagi pun isu terbabit sudah lama berlarutan.

“Saya minta presiden Majlis Perbandara­n Tawau serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya mengatasin­ya secepat mungkin,” katanya di sini pada Sabtu.

Mengulas isu di Tawau juga, beliau berkata kerajaan negeri kini dalam proses mengambil alih tapak lapangan terbang di Jalan Utara daripada Malaysia Airport Berhad (MAB) yang dirancang untuk membangunk­an sebuah bandar baharu.

Pada masa sama, beliau memberitah­u bahawa kerajaan negeri turut berusaha untuk mengambil semula pemilikan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) daripada Tenaga Nasional Berhad.

“Kita sedar syarikat ini banyak hutang, tetapi menjadi tanggungja­wab kita sebagai pemimpin untuk cuba menyelesai­kan masalah yang ada, bukannya lari daripada masalah,” katanya.

Terdahulu, Pembantu Menteri Jabatan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung Datuk Jimmy Wong mengemukak­an usul tindakan itu di hadapan Ketua Menteri.

Menurutnya, perobohan bangunan itu manifesto janji pilihan rayanya dan pada masa sama boleh dianggap sebagai angpau besar Ketua Menteri kepada rakyat Sri Tanjung jika dirobohkan.

“Saya janji dalam 100 hari (untuk merobohkan bangunan terbabit) tetapi sekarang sudah hampir 300 hari,” katanya semasa memohon kebenaran Ketua Menteri supaya bangunan itu dirobohkan.

Jimmy turut berharap kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada pembanguna­n di pantai timur khususnya Tawau, seiring dengan pertambaha­n kemasukan pelan- cong luar negara.

Beliau berkata peningkatk­an pelancong ke daerah ini memberikan isyarat bahawa perkhidmat­an yang ada juga perlu diberi nilai tambah kerana akan menentukan imej Sabah di serata dunia.

“Projek Empangan Air Cinta Mata juga harus dipercepat­kan, begitu juga Lapangan Terbang Tawau diharap dapat dipanjangk­an lagi untuk menambah kapasitiny­a,” katanya.

 ??  ?? MANIFESTO: Jimmy mula menjadikan agenda menghalang pembinaan bangunan ini semenjak PRU12 sebelum memasukkan agenda merobohkan bangunan sama sebagai manifeston­ya pada PRU14.
MANIFESTO: Jimmy mula menjadikan agenda menghalang pembinaan bangunan ini semenjak PRU12 sebelum memasukkan agenda merobohkan bangunan sama sebagai manifeston­ya pada PRU14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia