Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan BERSATU hanya akan pecah belah sokongan

-

Kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ke negeri Sabah hanya akan memecahbel­ahkan sokongan rakyat negeri terhadap kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah (WARISAN) ketika ini, kata Ketua Wira WARISAN Kimanis Abdul Kadir Jalani.

Beliau berkata kemenangan WARISAN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas menjadi bukti rakyat dahagakan pemimpin yang akan mengangkat Bumiputera Sabah dan meny- uarakan hak negeri kepada kerajaan persekutua­n, sekali gus membantu memajukan negeri.

“Oleh itu tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor yang mahu PPBM melebarkan sayap ke Sabah adalah bersifat pentingkan diri dan hipokrit seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan yang rakyat menolak UMNO ke negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini, Hajiji yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, menegaskan BERSATU akan melebarkan sayap ke Sabah tidak lama lagi.

Abdul Kadir berkata sepatutnya bekas pemimpin terdahulu khususnya dari UMNO perlu memikirkan hala tuju baharu dalam menakluk dan memenangi hati rakyat di Sabah, dan bukan membawa masuk BERSATU yang sememangny­a telah memeterai perjanjian dengan WARISAN untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah atas dasar dan matlamat yang sama. — Bernama

 ??  ?? DISAMBUT BAIK: Penduduk Kampung Tebonggon bergambar bersama pegawai dan anggota polis pada Program Rondaan Komuniti Kemasyarak­atan.
DISAMBUT BAIK: Penduduk Kampung Tebonggon bergambar bersama pegawai dan anggota polis pada Program Rondaan Komuniti Kemasyarak­atan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia