Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan tubuh badan sukarela kampung disambut baik

-

Penduduk Kampung Tebonggon di sini menyambut baik cadangan menubuhkan badan sukarela bagi membantu pihak berkuasa mencegah kegiatan jenayah.

Ketua Kampung Tebonggon Mohd Yunus Suliman berkata, setakat ini belum ada badan sukarela seperti Komuniti Rukun Tetangga (KRT) ditubuhkan di kampung berkenaan.

Katanya, cadangan itu juga memberi semangat kepada penduduk kampung untuk menjalin kerjasama baik dengan pihak berkuasa.

“Badan sukarela ini bukan sahaja membantu mencegah jenayah pecah rumah dan penyalahgu­naan dadah.

“Malah, ia juga dapat menggalakk­an golongan belia khususnya remaja yang gemar lepak pada waktu tengah malam supaya turut serta menjadi sukarelawa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Rondaan Komuniti Kemasyarak­atan bersama Ketua Balai Polis Putatan Sub Insp Ridewan Abdullah, di sini pada Sabtu.

Program berkenaan turut disertai seramai lima anggota polis bersama pengamal media yang juga Penasihat Komuniti Polis Kemasyarak­atan Daerah Putatan Ins M Yazzer Mahmun.

Mohd Yunus berkata, dengan menyertai badan sukarela penduduk kampung dapat dididik mengenai bahaya jenayah dan pendekatan untuk mengelak dari terlibat dengan kegiatan jenayah.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS) Jofri Ibrahim menjelaska­n kepada penduduk Kampung Tebonggon terutama remaja tentang penyalahgu­naan dadah.

Beliau turut meminta penduduk kampung supaya memberi kerjasama bagi menyalurka­n maklumat kepada pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia