Utusan Borneo (Sarawak)

Polis KK keluarkan 33 saman atas pelbagai kesalahan trafik

-

Polis Kota Kinabalu mengeluark­an 33 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Mabuk dan Samseng Jalanan di dua lokasi di bandar raya itu pada Sabtu dan awal pagi Ahad.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata se- banyak 125 kenderaan diperiksa dalam operasi selama lima jam bermula jam 1 pagi itu yang membabitka­n 142 pengguna jalan raya.

“Polis turut menjalanka­n ujian saringan awal pernafasan menggunaka­n alat SDII terhadap 22 pemandu dan mendapati tujuh daripada mereka positif alkohol.

“Pemeriksaa­n lanjut menerusi ujian pernafasan kedua menggunaka­n alat EBA II mendapati empat daripada pemandu terbabit positif melebihi paras alkohol dibenarkan dalam darah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Habibi berkata pemandu yang berkenaan boleh disiasat menuru Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia