Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Pensel semakin selesa mengorak langkah

- Oleh Lina Kunjak

PROJEK Pensel semakin selesa mengorak langkah ke depan merealisas­ikan misi dan visi mereka terutamany­a melibatkan pendidikan awal dan sekolah rendah di kawasan luar bandar.

Menurut perintis projek, Norina Umoi Utot, mereka terpanggil untuk berganding bahu bersama rakan seperjuang­an yang lain bagi mencapai kemajuan dalam pendidikan nasional, tidak hanya terbatas kepada bantuan sahaja.

“Usaha memberi kesedaran terhadap pentingnya pendidikan anak-anak bermula daripada prasekolah bagi menyemai semangat dahagakan ilmu dan cenderung untuk meneroka dunia baharu dalam pendidikan alaf 21.

“Ini termasuk menggalakk­an ibu bapa, para guru dan pihak sekolah untuk turut serta dalam semua aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga sekolah bagi mendapatka­n impak maksimum penglibata­n masyarakat keseluruha­nnya,” kata Norina.

Selain tu, kebolehpas­aran tenaga kerja juga antara cabaran kepada negara, di mana anak-anak perlu diasuh dan dibimbing daripada kecil mengenal ilmu seperti mana budaya ilmu yang diterapkan di negara lain seperti Jerman, termasuk tenaga kerja mahir, separa mahir dan para ilmuan serta pakar dalam bidang tertentu.

“Budaya ini yang ingin kita terapkan semasa menyampaik­an ceramah motivasi kepada pelajar dan ibu bapa di rumah panjang dan sekolah umumnya.

“Kita juga ingin melihat komuniti rumah panjang khasnya sedar akan perubahan dan permintaan terhadap keperluan pendidikan supaya boleh keluar daripada kepompong kemiskinan tegar di luar bandar,” tegas Norina.

Melihat kepada penerimaan komuniti luar bandar terhadap aktiviti kelolaan Projek Pensel memberi semangat jitu kepada mereka untuk berusaha gigih lagi merubah tahap pencapaian pendidikan anak- anak yang tinggal jauh di kawasan hulu sungai, yang masih belum menerima sepenuhnya kemudahan asas termasuk bekalan air bersih dan elektrik.

Katanya, ini terbukti apabila Projek Pensel menerima banyak jemputan bagi menyampaik­an ceramah motivasi pendidikan di rumah-rumah panjang, pihak sekolah dan PIBG sekitar Sri Aman sepanjang musim cuti perayaaan Tahun Baharu Cina, barubaru ini.

Diketuai beliau sendiri, Projek Pensel memulakan siri jelajah motivasi mereka di Rumah Musa, Sutong di Simanggang pada 3 Februari.

Selain menyampaik­an ceramah motivasi, mereka turut menyerahka­n sumbangan set pensel 2B kepada 16 pelajar sekolah rendah di rumah panjang berkenaan.

“Projek Pensel sememangny­a komited untuk membantu meringanka­n beban ibu bapa daripada keluarga kurang berkemampu­an dan mempunyai ramai anak sedang bersekolah.

“Pensel 2B ini simbolik kepada perjuangan kita untuk memberi dorongan kepada anak-anak berjaya dan cemerlang dalam pendidikan, sama ada akademik mahupun teknik dan vokasional,” jelasnya.

Pada hari kedua, aktiviti Projek Pensel telah dijayakan di Rumah Wing, Gua Sukat di Sri Aman di mana 30 pelajar sekolah rendah mendapat suntikan semangat melalui ceramah motivasi yang disampaika­n Norina dan dibantu bekas guru besar James Lungkong, merangkap Pengerusi Projek Pensel Sri Aman.

Pada sebelah malam, Norina dan rakan Projek Pensel lain menerima jemputan Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Kampung Temudok Baru, Sri Aman, bagi menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina yang turut dihadiri rakan seperjuang­an dari Pakatan Harapan (PH) Sri Aman.

Memasuki hari ketiga, Pro- jek Pensel tiba di Sekolah Rendah ( SK) St Paul di Banting Lingga, iaitu atas jemputan pihak PIBG sekolah. Perjalanan menaiki perahu panjang yang mengambil masa kira- kira satu jam untuk sampai ke destinasi memberi pengalaman merasai sendiri kepayahan dan kesukaran yang dihadapi masyarakat luar bandar.

“Kita turut menggambar­kan perjalanan yang dilalui anak-anak ini untuk pergi mendapatka­n ilmu, ibu bapa yang terpaksa berjauhan daripada anak- anak yang masih terlalu kecil, tetapi pengorbana­n sebegini membakar semangat kita merubah masa depan masyarakat yang boleh dikatakan agak keterbelak­ang,” kata Norina penuh semangat.

Kehadiran rombongan mereka juga disambut meriah dengan persembaha­n tarian tradisiona­l Iban iaitu ngajat yang dipersemba­hkan oleh pelajar perempuan di bilik darjah sekolah berkenaan. Ini disifatkan Norina sebagai satu perhormata­n masyarakat setempat terhadap rombongan mereka.

“Kami turut dijamu dengan makanan tradisi di samping hidangan udang galah yang terbilang di Banting. Hasil sungai yang segar ditambah dengan keramahan penduduk di situ membuatkan kami tidak ingin pulang ke bandar,” katanya dengan penuh syukur.

Ceramah motivasi diteruskan pada 6 Februari di Rumah Edward Jantong, Sebujok di Sri Aman, dengan kehadiran 98 pelajar sekolah rendah bagi mengisi ilmu di dada.

“Pelbagai isu diutarakan ibu bapa dan pelajar yang inginkan penjelasan bagi sebarang kemusykila­n mereka terutamany­a melibatkan isu bantuan persekolah­an, bidang pendidikan termasuk peluang dalam sektor pekerjaan kelak.

“Melalui keterujaan mereka yang datang dan bertanyaka­n pelbagai perkara, kita boleh melihat jelas perubahan sikap dan pemikiran mereka terhadap kepentinga­n pendidik anak- anak. Ini yang kita mahukan selama ini, di mana ibu bapa terlibat secara langsung dalam isu pendidikan nasional,” katanya lagi.

Pada hari kelima, Projek Pensel dijemput pihak PIBG dan pengurusan SK St Martin, Lachau, Sri Aman bagi meninjau keperluan dan membincang­kan usaha sama yang boleh dilaksanaa­nkan bagi membantu sekolah berkenaan.

Mengenai SK St Martin, ia telah ditubuhkan sekitar 1963 kira- kira 60km dari Pasar Sri Aman serta berdekatan dengan pasar Lachau yang terkenal sebagai pusat sehent usahawan tani di situ.

Menurut Norina, sekolah ini masih menggunaka­n sistem jana kuasa generator bagi mendapatka­n bekalan elektrik dan belum dibekalkan air bersih.

“Pihak sekolah memaklumka­n kepada saya, ada kalanya mereka terpaksa bergelap apabila generator dimatikan pada jam 10 malam bagi penjimatan minyak diesel.

“Oleh itu, Projek Pense telah bersetuju dan berjanj untuk mengadakan kerjasama dengan pihak PIBG dan sekolah bagi menjalanka­n aktiviti, program dan sebagainya untuk mencari dana membiayai segala perbelanja­an yang diperlukan,” katanya kepada Utusan Borneo.

 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA ERAT: Norina (tiga kiri) menjanjika­n kerjasama antara Projek Pensel dan PIBG SK St Martin, Lachau, Sri Aman untuk bersama mengadakan aktiviti bagi mencari dana.
KERJASAMA ERAT: Norina (tiga kiri) menjanjika­n kerjasama antara Projek Pensel dan PIBG SK St Martin, Lachau, Sri Aman untuk bersama mengadakan aktiviti bagi mencari dana.
 ??  ?? KENANGAN: Norina (berdiri, tengah) bersama para pelajar guru dan ibu bapa yang menghadiri ceramah motivasi di SK St Paul di Banting, Lingga.
KENANGAN: Norina (berdiri, tengah) bersama para pelajar guru dan ibu bapa yang menghadiri ceramah motivasi di SK St Paul di Banting, Lingga.
 ??  ?? ILMU BAHARU: Seramai 98 pelajar sekolah rendah fokus mendengar keterangan yang disampaika­n Norina (berdiri membelakan­g kanan) semasa kunjungan ke Rumah Edward Jantong, Sebujok di Sri Aman.
ILMU BAHARU: Seramai 98 pelajar sekolah rendah fokus mendengar keterangan yang disampaika­n Norina (berdiri membelakan­g kanan) semasa kunjungan ke Rumah Edward Jantong, Sebujok di Sri Aman.
 ??  ?? FOKUS: Norina mengadakan sesi suai kenal dengan kanak-kanak sementara ibu bapa memerhati dari jauh semasa Projek Pensel berkunjung ke Rumah Musa, Sutong di Simanggang.
FOKUS: Norina mengadakan sesi suai kenal dengan kanak-kanak sementara ibu bapa memerhati dari jauh semasa Projek Pensel berkunjung ke Rumah Musa, Sutong di Simanggang.
 ??  ?? SEGAR: Norina (duduk) menunjukka­n menu udang galah yang dihidangka­n kepada mereka semasa rombongan Projek Pensel tiba di SK St Paul di Banting, Lingga.
SEGAR: Norina (duduk) menunjukka­n menu udang galah yang dihidangka­n kepada mereka semasa rombongan Projek Pensel tiba di SK St Paul di Banting, Lingga.
 ??  ?? TEKUN: Norina (kiri) mengajar cara menulis dengan betul menggunaka­n pensel 2B semasa program Projek Pensel di Rumah Edward Jantong, Sebujok di Sri Aman.
TEKUN: Norina (kiri) mengajar cara menulis dengan betul menggunaka­n pensel 2B semasa program Projek Pensel di Rumah Edward Jantong, Sebujok di Sri Aman.
 ??  ?? TRADISI: Kehadiran Projek Pensel di SK St Paul di Banting, Lingga disambut dengan tarian ngajat.
TRADISI: Kehadiran Projek Pensel di SK St Paul di Banting, Lingga disambut dengan tarian ngajat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia