Utusan Borneo (Sarawak)

180 hadiri ceramah keusahawan­an anjuran MKM Sarawak

-

Seramai 180 peserta, majoritiny­a ahli koperasi yang berdaftar, menghadiri ceramah keusahawan­an ‘Jom Sembang Usahawan 2019 dan Bicara Ilmu Rahsia Jana Pendapatan Bisnes Borong China’ di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Ceramah itu dianjurkan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Sarawak sempena promosi latihan MKM tahun ini.

Pegawai Kanan Latihan MKM Sarawak Frank Me-Ol berkata, para peserta yang mengambil bahagian bukan hanya ahli koperasi di Miri, malah dari Bintulu, Belaga dan Brunei Darusslam.

“Objektif utama acara ceramah ini adalah untuk meningkatk­an kemampuan perniagaan usahawan koperasi di negara ini dan di Miri khususnya,” katanya kepada media ketika ditemui selepas mempengeru­sikan sembang usahawan tersebut, semalam.

Semasa majlis tersebut Frank berkata, para peserta diberi penerangan dan maklumat mengenai beberapa tip berguna untuk menghasilk­an pendapatan melalui perniagaan borong China yang se- makin popular ketika ini.

Beliau berkata, acara sembang itu juga merupakan program tahunan MKM dan telah menjadi salah satu platform MKM untuk mempromosi­kan pelbagai program berkaitan keusahawan­an.

“Program di Miri hari ini adalah acara ketiga tahun ini di mana acara serupa dilaksanak­an di Kuching pada 29 Januari lalu diikuti Lawas (31 Januari) dan pelaksanaa­n program hari ini (12 Februari) diadakan serentak untuk Miri dan Betong.

“Kemudian, acara ini akan diadakan di Sibu pada Khamis ini (14 Februari),” katanya.

Frank berkata, beliau gembira dengan perubahan jumlah peserta yang semakin memberangs­angkan dan terlibat aktif dalam program itu untuk mendapatka­n maklumat terkini tentang insentif perniagaan, bantuan kewangan dan pemberian yang disediakan institusi kerajaan dan kewangan.

“Program ini juga selaras wawasan Pembanguna­n Kementeria­n Usahawan untuk melahirkan usahawan lebih berdaya saing dan berintegri­ti di peringkat global.

“Menerusi misi itu juga, kementeria­n melalui pentadbira­n baharu Malaysia ingin meningkatk­an keupayaan keusahawan­an daripada kumpulan berpendapa­tan rendah,” katanya.

Sementara itu, 44 ahli koperasi di Sarawak akan menyertai lawatan pengenalan kepada program bisnes borong China ke Guangzhou pada 23 hingga 28 Mac depan.

Lebih separuh peserta terbabit adalah ahli koperasi dari Miri.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Abdul Karim bersama Esther (tiga kiri) serta jawatankua­sa pengelola lain pada sidang media AMS di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Abdul Karim bersama Esther (tiga kiri) serta jawatankua­sa pengelola lain pada sidang media AMS di Kuching, semalam.
 ??  ?? FRANK ME-OL
FRANK ME-OL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia