Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAT LATIHAN UNTUK ATLET ELIT PARALIMPIK •

Sarawak dijangka akan tubuh pusat ini bagi teruskan latihan jangka panjang para atlet berpotensi sumbang pingat

- Oleh Jessica Jawing

Sebagai permulaan projek pertama ini akan mengambil hanya 20 atlet elit dan mereka dipilih berdasarka­n

” merit.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

KUCHING: Sarawak dijangka menubuhkan sebuah pusat latihan bagi atlet elit paralimpik bagi meneruskan latihan jangka panjang para atletnya.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pusat yang mungkin ditubuhkan di Kuching itu bertujuan melatih para atlet terutama yang dilihat mampu memenangi pingat emas di sukan-sukan Orang Kurang Upaya (OKU) selain mewakili Malaysia.

Menurutnya ia termasuk kejohanan Para Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Bagi Orang Pekak Malaysia (SOPMA) yang diadakan di Johor pada 2020.

“Sebagai permulaan projek pertama ini akan mengambil hanya 20 atlet elit dan mereka dipilih berdasarka­n merit.

“Atlet tersebut akan diberi sagu hati dan tempat penginapan semasa latihan,” katanya melalui teks ucapan dibacakan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis sempena majlis Pelancaran Program Unit Pembanguna­n OKU 2019 dan 2020 di sini, semalam.

Fatimah memberitah­u, seramai empat jurulatih bertauliah akan dipilih untuk mengendali­kan latihan berkenaan dengan bayaran honorarium latihan.

Selain itu katanya, atlet dari luar Kuching akan ditawarkan datang ke Kuching bagi menjalani latihan di pusat terbabit.

Mengenai persediaan pasu- kan Sarawak ke Sukan Orang Pekak Malaysia ( SOPMA) dan Para SUKMA untuk tahun 2020, Fatimah berkata, kedua- dua pasukan harus melakukan pesediaan bermula dari awal.

“Pada 2018, pasukan Para SUKMA dan SOPMA Sarawak mempunyai ramai atlet muda yang berpotensi untuk mengambil alih atlet senior.

“Mereka boleh berjaya dalam proses ini dengan latihan gigih dan usaha berterusan,” katanya.

Menurut beliau, semua sukan OKU yang ingin mengam- bil bahagian dalam pertanding­an di peringkat kebangsaan harus dilakukan dengan perancanga­n serta persediaan rapi.

Katanya atlet OKU yang akan menyertai pertanding­an SOPMA 2020 dan Para SUKMA 2020, perlu memenuh syarat kelayakan.

Fatimah berkata, atlet baharu akan diberi pendedahan sekiranya mempunyai banyak potensi dan hampir mencapa kelayakan minimum.

Majlis berkenaan turut menyaksika­n Harden mewakil Fatimah menyampaik­an cek serta sijil penghargaa­n kepada atlet dan pegawai program Pembanguna­n Sukan OKU negeri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Harden (berdiri depan, lima kanan) bersama atlet dan pegawai program Pembanguna­n Sukan OKU beraksi selepas majlis diadakan.
TERIMA KASIH: Harden (berdiri depan, lima kanan) bersama atlet dan pegawai program Pembanguna­n Sukan OKU beraksi selepas majlis diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia