Utusan Borneo (Sarawak)

PROGRAM BA100 BAIKI HARGA BARANG ASAS

-

LANGKAWI: Program Barang Asas 100 (BA100) yang sedang dibangunka­n Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, Jumaat ini.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sebagai wakil koperasi dalam mesyuarat tersebut, pihaknya melihat struktur pemasaran dan pengedaran yang mempunyai banyak lapisan menyebabka­n harga produk peruncitan menjadi tidak kompetitif.

“Angkasa sedang membangunk­an sistem BA100 untuk cuba memperbaik­i struktur pemasaran dan pengedaran kerana sistem sedia ada mempunyai banyak lapisan menyebabka­n harga daripada pengeluar atau pengilang apabila sampai kepada pengguna akhir menjadi tinggi.

“Struktur pemasaran dan pengedaran antara perkara yang akan Angkasa bangkitkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang akan dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Bersama Jawatankua­sa Teknikal Koperasi Sekolah di sini semalam.

Sementara itu mengulas mengenai bengkel tersebut, Abdul Fattah berkata jawatankua­sa teknikal daripada Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara hadir bagi membincang­kan arah tuju pembanguna­n koperasi sekolah.

Katanya, statistik pertumbuha­n koperasi sekolah meningkat dengan ketara sejak diasaskan pada

1969 selaras dengan usaha yang dilaksanak­an Angkasa.

“Sebanyak 2,406 koperasi sekolah telah didaftarka­n dengan keanggotaa­n 1.6 juta orang dan syer atau yuran berjumlah RM26.26 juta setakat Jun tahun lalu (2018). Semua koperasi tersebut memiliki aset terkumpul sebanyak RM353.79 juta menyumbang perolehan sebanyak RM260.4 juta,” katanya. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia