Utusan Borneo (Sarawak)

TAHANAN DILAYAN BAIK

Tahanan Malaysia di Kemboja dalam keadaan baik, hanya beberapa orang alami ruam kulit.

-

KUCHING: Ahli Parlimen Julau Larry Sng berkata, kesemua 47 tahanan Malaysia di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, bandar PoiPet, Kemboja dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa di situ.

Beliau memberitah­u, kesemua tahanan Malaysia dalam keadaan baik dan hanya beberapa daripada mereka mengalami ruam pada kulit dan sudah mendapat pemeriksaa­n kesihatan daripada doktor yang menyertai rombongan berkenaan.

Menurutnya, mereka tiba di Penjara Provinsi Banteay Meanchey sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan semalam dan ketika itu semua tahanan Malaysia dikumpulka­n di dalam sebuah dewan di penjara tersebut.

"Kami tiba di penjara sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan dan dibawa ke sebuah dewan di mana semua tahanan dari Malaysia berkumpul di situ.

"Saya berpeluang bercakap sepatah dua kata dengan mereka. Memberi galakan dan harapan bahawa Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik agar mereka dapat dibebaskan.

"Saya turut memberitah­u bahawa ibu bapa mereka semua bimbang dan mahu mengetahui keadaan mereka di sana (penjara Kemboja). Apa yang saya lihat dan dapat tahu di sini akan saya sampaikan kepada mereka (ibu bapa tahanan)," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai rombongan yang disertai beberapa wakil media, wakil keluarga tahanan, pegawai Kedutaan Malaysia di Kemboja dan seorang doktor melawat 47 warga Malaysia yang ditahan di penjara yang terletak di barat Kemboja, semalam.

"Kami juga diberitahu bahawa rakyat kita yang ditahan di sini dijaga dengan baik. Pihak penjara menyediaka­n makanan untuk mereka dan bagi yang beragama Islam ketua penjara membeli makanan halal untuk mereka.

"Saya fikir pihak penjara telah berusaha memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik. Ada yang mengalami masalah kulit, yang lainnya dalam keadaan baik dan amat berharap dapat balik ke Malaysia secepat mungkin," katanya.

Sementara itu katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membincang­kan isu penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.

Beliau juga berkata akan mendapatka­n nasihat daripada Wisma Putra mengenai langkah seterusnya yang boleh diambil bagi memastikan 47 rakyat Malaysia yang ditahan dibebaskan secepat mungkin.

"Perancanga­n saya selepas pulang ke Malaysia esok ialah mengatur pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri serta keluarga-keluarga tahanan untuk membincang­kan perkara ini.

"Saya juga akan mendapatka­n khidmat nasihat daripada Wisma Putra mengenai langkahlan­gkah seterusnya akan diambil (bagi memastikan mereka dibebaskan)," katanya.

Pada 11 Disember lalu, seramai 47 rakyat Malaysia dan 40 daripada mereka adalah dari Sarawak, tiga Sabah dan empat dari Semenanjun­g Malaysia ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey atas dakwaan terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian secara haram di negara itu.

Larry berkata ketika ini segala urusan berkaitan pembebasan rakyat Malaysia diserahkan kepada Wisma Putra.

"Kita berharap dan berdoa kesemua mereka akan dibebaskan secepat mungkin. Sudah tentu Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka dibebaskan.

"Perkara ini turut saya maklumkan kepada mereka (tahanan) dalam pertemuan pagi tadi sambil meminta mereka bersabar," ujarnya.

 ?? — Gambar Hii Kheng Juong — Gambar Hii Kheng Juong ?? DALAM KEADAAN BAIK: Larry pada sidang media di bandar Siam Reap selepas melawat tahanan dari Malaysia di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, bandar PoiPet, kira-kira dua jam perjalanan darat dari Siam Reap. PULANG: Kelihatan rombongan dari Malaysia diketuai Larry meninggalk­an Penjara Provinsi Banteay Meanchey, PoiPet, Kemboja, semalam.
— Gambar Hii Kheng Juong — Gambar Hii Kheng Juong DALAM KEADAAN BAIK: Larry pada sidang media di bandar Siam Reap selepas melawat tahanan dari Malaysia di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, bandar PoiPet, kira-kira dua jam perjalanan darat dari Siam Reap. PULANG: Kelihatan rombongan dari Malaysia diketuai Larry meninggalk­an Penjara Provinsi Banteay Meanchey, PoiPet, Kemboja, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia