Utusan Borneo (Sarawak)

JUALAN BUNGA SEMPENA HARI KEKASIH AGAK PERLAHAN

- Dari Muka 1

KUCHING: Tanggal 14 Februari setiap tahun, suasana di bandar raya ini tidak ketinggala­n mulai dipenuhi deretan gerai peniaga menjual hadiah serta bunga sempena Hari Kekasih.

Malahan kelihatan ada yang telah mendirikan gerai seawal dua hari sebelum sambutan dan setiap tahun peniaga cuba menampilka­n dan membawa sesuatu yang istimewa atau unik dalam menarik pelanggan masing-masing.

Bagi seorang peniaga, Jenny Chai tahun ini merupakan tahun keempat dia menyediaka­n premis menjual hadiah dan bunga sempena sambutan Hari Kekasih dan kali ini menambah bunga ros berwarna-warni serta bunga ros emas sebagai tarikan pada jualan sempena Hari Kekasih tahun ini.

Katanya, meskipun bunga ros berwarna- warni berkenaan baharu sahaja di pasaran ia sudah mula mendapat sedikit sambutan.

“Kali ini, saya menampilka­n bunga ros berwarna-warni serta ros emas kepada pelanggan untuk diberikan kepada orang tersayang.

“Mungkin trend bunga ros jenis ini masih baharu lagi di pasaran tetapi ia masih tetap menjadi pilihan segelintir pelanggan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.

Selain itu gerainya juga menjual patung beruang daripada kelopak bunga ros sebagai pilihan kepada pelanggan.

Chai memberitah­u, mereka turut menjual bunga yang telah digubah berserta kotak tersendiri selain diselitkan dengan kad ucapan.

Dia tidak menafikan dari segi jualan pada tahun ini agak perlahan memandangk­an sambutan Hari Kekasih kebetulan selepas sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Dari segi jualan tahun ini, agak perlahan dan kita faham kerana baharu sahaja selesai sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Chai yang dibantu beberapa pembantu memulakan perniagaan mereka sekitar jam 10 pagi hingga 11 malam yang bermula pada 12 Februari sehingga hari ini.

Sementara berbeza pula dengan seorang lagi pemilik gerai, Ujita Muhammad,41, ketika ditemui memberitah­u bahawa dia terlibat dalam menjual bunga serta hadiah atas dasar minatnya dalam menggubah bunga.

Katanya rata-rata bunga dijual sama ada segar atau plastik digubahnya sendiri dan Hari Kekasih menjadi platform kepada dirinya menzahirka­n minatnya itu.

“Tahun ini adalah kali ketiga saya menjual bunga serta hadiah sempena Hari Kekasih dan memilih di tapak yang sama.

“Bagi saya keuntungan daripada menjual ini perkara kedua kerana saya amat berminat menggubah bunga, maka saya menjadikan Hari Kekasih untuk menzahirka­n minat saya,” katanya.

Malahan Ujita meletakkan harga yang sangat sesuai kepada semua termasuk golongan anak muda dengan serendah RM5 bagi sekuntum bunga bergantung kepada jenis.

“Saya menyedari ramai anak muda yang datang membeli dan kita memahami mereka dengan menawarkan harga yang berpatutan,” katanya.

Ujita berkata kedua-dua bunga segar dan bunga plastik tetap menjadi pilihan kepada ramai pelanggan selain daripada hadiah lain.

Seperti pemilik lain, Ujita yang baharu memulakan perniagaan­nya semalam hingga esok dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

 ??  ?? PELBAGAI:Antara hadiah serta bunga dijual di gerai Chai yang dilengkapi dengan kotak khas.
PELBAGAI:Antara hadiah serta bunga dijual di gerai Chai yang dilengkapi dengan kotak khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia