Utusan Borneo (Sarawak)

Bergaduh dengan isteri, lelaki tikam perut sendiri

-

Seorang lelaki bertindak menikam perut sendiri, selepas bergaduh dengan isterinya di rumah mereka di Skim Penempatan Semula Stutong dekat sini, sekitar jam 10 pagi semalam.

Mangsa yang berusia 39 tahun dipercayai menikam dirinya dengan objek tajam.

Dia dalam keadaan berlumuran darah kemudian dibawa ke Unit Kecemasan, Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

Menurut anak mangsa ketika ditemui di HUS, dia mendengar ibu dan bapanya bertengkar di bahagian dapur dan bergegas ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanap­un setibanya di dapur, dia tidak sempat untuk menghentik­an ayahnya daripada menikam diri di perut.

Namun mujur anak lelaki mangsa berjaya menghentik­annya daripada terus menikam diri yang boleh menyebabka­n kecederaan yang lebih serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia