Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n kes mekanik cuba membunuh rakan ditangguh

-

Mahkamah Sesyen di sini semalam menangguhk­an kes terhadap seorang mekanik atas tuduhan cuba membunuh kepada 20 Februari ini.

Hakim Caroline Bee Majanil menangguhk­an kes sementara menunggu dokumen yang berkaitan diperolehi.

Tertuduh, Tang Ding Kin, 49, dibenarkan bebas dengan ikat jamin lanjut oleh mahkamah.

Pada 10 Januari lepas, Tang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dan dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarah melaporkan diri di balai polis berhampira­n dua kali sebulan.

Tang terdahulu didakwa menikam rakan baiknya, Chew, 47, dengan menggunaka­n pisau pada 30 Disember 2018, antara jam 6 pagi hingga 6.15 pagi di Jalan Tekam.

Bagi pertuduhan itu, Tang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia