Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki salah guna dadah ditahan di hotel

-

Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgu­naan dadah dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Market di sini petang kelmarin (Selasa lalu).

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sibu diketuai Detektif Sab-Inspektor Zulkarnain Abu Hassan yang melakukan serbuan di bilik hotel berkenaan, mendapati dua lelaki berumur dalam lingkungan 30 hingga 35 tahun berada di dalam bilik tersebut sekitar jam 4.30 petang kelmarin.

“Polis yang menjalanka­n pemerik- saan dalam bilik telah menjumpai 20 peket plastik kecil lutsinar berisi ketulan Kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 5.07 gram disimpan dalam satu bekas plastik lutsinar berpenutup warna oren di atas meja,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Katanya, polis bertindak meram- pas barang kes dan kedua-dua suspek dibawa ke lokap balai polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Tambahnya, ujian saringan awa air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia