Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Sibu cari waris mayat Mr X

-

Ahli keluarga dicari untuk menuntut mayat seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr X di Hospital Sibu di sini.

Terdahulu, menurut sumber, pihak Hospital Sibu menerima pesakit lelaki tersebut pada jam 9 pagi, 10 Februari lalu selepas dijumpai orang awam di sebuah tapak pembinaan berdekatan Pasar Minggu di Jalan Pedada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pesakit mengalami luka tetapi tidak diketahui sama ada dipukul atau jatuh.

“Lelaki tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sah dalam simpanan dan orang awam yang menjumpain­ya juga tidak mengenalin­ya,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n pihak polis semalam.

Menurut kenyataan itu, Mr X yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dihantar ke hospital dan dirawat di Wad Kecemasan Hospital Sibu ketika itu.

Mr X dipercayai warga asing kerana tiada tanda suntikan BCG pada kedua-dua belah lengannya selain dipercayai berumur antara 30 hingga 40 tahun.

Dia telah meningga dunia pada jam 2.10 pag Selasa di wad unit rawatan rapi.

Pihak doktor memberitah­u punca kematian Mr X ialah kerana mengalam kecederaan serius pada bahagian otak.

Pihak polis telah mengklasif­ikasikan kematian mangsa sebagai mat mengejut.

Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada perbuatan khianat atau unsur-unsur jenayah berhubung kematianny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia