Utusan Borneo (Sarawak)

163 penerima terima pingat dan darjah daripada Tun Taib

-

Seramai 163 penerima menerima Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar, Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaa­n Darjah Johan Bintang Sarawak (JBS) kepada Dr David Sylvester Ling Sheng Tee, 62, iaitu pengarah perubatan yang juga merupakan pakar otorhinola­ryngologis­t (telinga, hidung & tekak) di Hospital Pakar Kuching (KPJ).

Sementara itu, mendahului senarai penerima bagi Darjah Johan Bintang Kenyalang (JBK) ialah Datin Phyllis Empina Tanggai, Kaunselor Zainani Salleh, Andrew Bangkam Bejie, Kong Tze Ling dan Winston Bale Utot.

Istiadat kemudianny­a diteruskan dengan pengurniaa­n Pingat Perkhidmat­an Cemerlang (PPC) kepada Awang Suhaili@ Suhaidi Ledi, Ganasagera­n Arumugam dan Hamsiah Abdullah Masni.

Darjah Pegawai Bintang Sarawak (PBS) dikurniaka­n kepada lima penerima manakala Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) pula menyaksika­n seramai enam penerima.

Pingat Perkhidmat­an Bakti (PPB) dikurniaka­n kepada 31 penerima, Darjah Ahli Bintang Sarawak ( ABS) kepada 26 penerima dan 19 penerima bagi Darjah Ahli Bintang Kenyalang (ABK).

Pingat Perkhidmat­an Terpuji (PPT) pula dikurniaka­n kepada 33 penerima manakala Darjah Bentara Bintang Sarawak (BBS) dikurniaka­n kepada 34 penerima.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing serta tetamu kenamaan lain.

 ?? — Gambar Jabatan Penerangan Sarawak ?? TAHNIAH: Tun Taib mengurniak­an PPB kepada Mohd Agus.
— Gambar Jabatan Penerangan Sarawak TAHNIAH: Tun Taib mengurniak­an PPB kepada Mohd Agus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia