Utusan Borneo (Sarawak)

Mawan pertikai Pakan dikategori daerah termiskin

-

Konstituen­si Pakan tidak wajar dikenal pasti sebagai daerah termiskin atau paling mundur di Malaysia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pakan Tan Sri William Mawan Ikom.

Menurutnya, hasil penyelidik­an yang mendapati Pakan antara tujuh daripada 10 daerah termiskin di Malaysia sebenarnya boleh dipertikai­kan.

“Setahu saya, penduduk tempatan tidak pernah kelaparan atau minta makan atau sup kosong daripada orang lain, jika ada pun hanya dalam bilangan yang kecil sahaja,” katanya dalam temu bual bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak, Cats FM dan TVSarawak, kelmarin.

Beliau dan warga Pakan terkejut dan amat malu apabila mendapati hasil kajian penyelidik­an nasional untuk dasar pembanguna­n desa di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah mengatakan Pakan mendahului senarai kemiskinan negara.

“Bagi saya, dapatan penyelidik­an tersebut mungkin tepat dan mungkin juga tidak tepat kerana kajian itu dilakukan secara rawak sahaja, jadi adalah tidak wajar mengatakan Pakan merupakan daerah termiskin di Malaysia,” katanya.

Bekas Menteri Pembanguna­n Sosial Sarawak itu menambah, realitinya semua kawasan di DUN Pakan kini telah diliputi dengan sistem bekalan elektrik iaitu kirakira 98 peratus.

Jelas beliau, antara lain kira-kira 60 peratus penempatan di konstiuens­i di daerah berkenaan juga telah menerima bekalan air bersih.

“Justeru, saya ingin mempelawa Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Rina Harun dan penganalis­is ekonomi Profesor Madya Dr Madeline Berma datang sendiri ke Pakan untuk melihat pelbagai pembanguna­n yang ada di Pakan ketika ini.

Baru- baru ini, sebuah laporan akhbar dipetik sebagai berkata, Rina telah mendedahka­n Pakan antara daerah termiskin di Malaysia dengan pendaftara­n pendapatan isi rumah RM2,760 sebulan.

Selain Pakan, Lubok Antu, Song, Kanowit, Selangau, Simunjan dan Daro turut tersenarai dalam 10 daerah termiskin di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia