Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan baharu untuk Kampung Subak Jaya Bekenu

-

Penduduk Kampung Subak Jaya di Bekenu, dekat sini pastinya menarik nafas lega apabila Kerajaan Sarawak meluluskan pembinaan jambatan baharu bagi menggantik­an jambatan lama di kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, peruntukan bagi pembinaan jambatan baharu itu sudah diluluskan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dengan jumlah RM200,000.

“Peruntukan sudahpun diluluskan oleh kerajaan di bawah RTP dan kerja-kerja pembinaan jambatan ini kelak dijangka bermula Mac depan dan akan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan sepenuhnya,” ujar Ripin kepada Utusan Borneo di sini, semalam selepas mengadakan lawatan ke kampung berkenaan bagi meninjau kawasan projek.

Turut mengiringi beliau ialah wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), ketua masyarakat, Pemanca Ali Mudin serta Ketua Kaum Kampung Subak Jaya Asap Ibrahim.

Menurut Ripin, apabila siap kelak jambatan itu yang diperbuat daripada bahan keluli IBeam sepanjang 12 meter dan selebar empat meter bakal memberikan manfaat kepada lebih 60 penduduk yang tinggal di kampung tersebut.

“Ia menjadi satu-satunya penghubung kepada penduduk di kampung berkenaan sekali gus membolehka­n mereka bergerak dengan lebih selamat di kawasan kampung berbanding jambatan sedia ada yang semakin usang,” katanya.

Sementara itu Asap berkata, beliau selaku ketua kaum mewakili penduduk Kampung Subak Jaya amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan wakil rakyat mereka Ripin kerana prihatin dengan keperluan penduduk.

“Apabila jambatan baharu siap kelak, kami tidak perlu lagi bera- sa bimbang untuk bergerak dan berulang-alik dari tanah sebelah sana ke sebelah sini, sama ada berjalan kaki, menaiki motosika atau kenderaan,” katanya yang turut melahirkan rasa gembira dengan pembinaan jambatan itu pada bulan depan.

Sebelum ini penduduk terpaksa berhati-hati dan sentiasa berwaspada bimbang jambatan kayu itu akan roboh atau patah kerana sudah tidak dapat lagi menampung bebanan yang berat.

 ??  ?? TURUN PADANG: Wakil JKR Sebastian (kiri), Pemanca Ali (kanan) dan Asap (dua kiri) menemani Ripin meninjau jambatan lama Kampung Subak Jaya yang akan dibina baharu bermula bulan depan.
TURUN PADANG: Wakil JKR Sebastian (kiri), Pemanca Ali (kanan) dan Asap (dua kiri) menemani Ripin meninjau jambatan lama Kampung Subak Jaya yang akan dibina baharu bermula bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia