Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi Sarawak lawat tahanan Malaysia hari ini

Lawatan itu atas arahan Ketua Menteri dan diketuai Fatimah berlepas dari KLIA pagi ini

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Menteri kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah akan mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak melawat tanahan Malaysia di sebuah penjara di Kemboja hari ini.

Beliau yang dihubungi hari ini berkata rombangan yang turut disertai Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta beberapa pegawai dari Pejabat Wilayah Sarawak Kementeria­n Luar dan kementeria­nnya akan bertolak ke Siem Reap, Kemboja menggunaka­n penerbanga­n awal, 6.45 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ini adalah arahan Ketua Menteri ( Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg). Saya baharu balik berjumpa dengan beliau ( petang semalam). Saya akan mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak ke Penjara Provinsi Banteay Meanchey untuk bertemu tahanan dari Malaysia di situ.

“Kami akan berjumpa dengan tahanan Malaysia seperti dijadualka­n pada jam 2 petang waktu tempatan (hari ini) dan kami diberi slot masa lebih sejam sebelum mengadakan pertemuan dengan Ketua Warden Penjara Provinsi Banteay Meanchey,” katanya.

Ini adalah arahan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg). Saya baharu balik berjumpa dengan beliau (petang semalam). Saya akan mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak ke Penjara Provinsi Banteay Meanchey untuk bertemu

” tahanan dari Malaysia di situ.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Fatimah berkata pada keesokanny­a delegasi kerajaan negeri itu akan bertolak ke Phnom Penh untuk bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja yang bertanggun­gjawab terhadap hal ehwal Islam di negara itu.

Kemudian katanya, mereka akan mengadakan pertemuan dengan peguam yang akan mewakili tahanan Malaysia sekiranya mereka dihadapkan ke mahkamah.

“Ini adalah pertemuan sangat penting bagi kita, bertemu dengan menteri yang bertanggun­gjawab terhadap hal ehwal Islam di Kemboja dan peguam yang akan mewakili tahanan kita.

“Peguam yang akan kita lantik adalah peguam dari negara itu sendiri,” tambahnya.

Mengakhiri lawatan itu katanya, delegasi Kerajaan Sarawak akan bertemu dengan pihak Kedutaan Malaysia di Kemboja dan Kementeria­n Luar Negeri (KLN).

“Kami akan bertolak balik ke Malaysia Sabtu selepas mengadakan pertemuan dengan pihak kedutaan dan KLN di sana kerana mereka yang banyak mengendali­kan kes ini selama ini,” katanya.

Pada 11 Disember tahun lalu, pihak berkuasa Kemboja menahan 47 rakyat Malaysia selepas disyaksi terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian secara haram di negara itu.

Daripada jumlah itu 40 merupakan rakyat Sarawak, tiga dari Sabah manakala empat lagi dari Semenanjun­g Malaysia.

Manakala 33 daripada 40 rakyat Sarawak terbabit adalah dari Kuching, enam dari Sibu dan seorang dari Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia