Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berkuasa Kemboja belum kemuka pertuduhan terhadap 47 warga Malaysia

-

Sehingga semalam pihak berkuasa Kemboja belum lagi mengemukak­an pertuduhan terhadap 47 warga Malaysia yang sedang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, PoiPet, Kemboja atas dakwaan terlibat dalam perjudian dalam talian secara haram.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang ahli keluarga tahanan yang menyertai rombongan dari Malaysia diketuai Ahli Parlimen Julau Larry Sng ke penjara berkenaan semalam.

Rombongan itu turut disertai beberapa wakil media dan seorang lagi wakil keluarga tahanan untuk melawat 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay MeanChey di bandar Poipet, barat Kemboja pada 11 Disember tahun lalu.

Bagaimanap­un tidak semua wakil media yang menyertai rombangan itu dibenarkan memasuki penjara berkenaan setibanya mereka di situ sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Dengan linangan air mata, ibu salah seorang tahanan dari Sarawak, Zunita Sedini berkata beliau berasa lega kerana mendapati anaknya sihat walaupun ditahan di penjara negara asing.

Beliau juga bersyukur kerana anaknya serta 46 lagi warga Malaysia yang ditahan di penjara itu dilayan dengan baik.

Beliau dalam pada itu berharap kerajaan Kemboja akan membebaska­n 47 warga Malaysia agar mereka dapat pulang ke tahan air secepat mungkin.

Walaupun 47 rakyat Malaysia ini, 40 daripadany­a dari Sarawak belum berdepan sebarang tuduhan, beliau berkata mereka tidak dimaklumka­n sama ada kesemua mereka akan didakwa di mahkamah.

Tambahnya, tiada sebarang petunjuk apa yang bakal berlaku kepada kesemua tahanan dari Malaysia itu.

Menurutnya Zunita lagi, rata-rata warga Malaysia yang ditahan di penjara berkenaan memberitah­u mereka mahu pulang dan rindu kampung halaman lebih-lebih lagi ibu bapa mereka.

Daripada 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, 40 adalah dari Sarawak, tiga dari Sabah dan empat lagi dari Semenanjun­g Malaysia.

Manakala 33 daripada 40 rakyat Sarawak terbabit adalah dari Kuching, enam dari Sibu dan seorang dari Sarikei.

Sementara itu, akhbar Khmer Times semalam melaporkan jurucakap Mahkamah Provinsi Banteay Meanchey sebagai berkata hakim dijangka akan menemu bual satu persatu kesemua 47 warga Malaysia berkenaan.

Akhbar berkenaan memetik jurucakap mahkamah itu, Roeun Lina sebagai berkata hakim penyiasata­n sedang bersedia untuk menyoal kesemua warga Malaysia yang ditahan di penjara Banteay Meanchey.

“Hakim sedang menyiapkan kes ini dan akan mem- perincikan hasil siasatan. Kam tidak boleh memberitah­u anda lebih terperinci mengenai kes ini kerana ia sedang disiasat,” katanya.

“Kita perlu mempersoa mereka satu persatu, menerus penterjema­h. Mereka didakwa atas penglibata­n dalam menjalanka­n operasi perjudian dalam talian secara haram,” katanya.

Lina berkata mahkamah masih belum menentukan tarikh perbicaraa­n bagi kes itu.

“Sama ada mereka dakan dibebaskan atau tidak, saya tidak boleh mengatakan­nya Sekarang kita tidak mempunyai perintah rasmi untuk membebaska­n mereka,” ujarnya.

 ??  ?? KONGSI MAKLUMAT: Zurina bercakap kepada wakil media selepas melawat anaknya dan 46 lag warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay MeanChey.
KONGSI MAKLUMAT: Zurina bercakap kepada wakil media selepas melawat anaknya dan 46 lag warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay MeanChey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia