Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu kehilangan bakal pemimpin berwibawa: Abang Johari

Mendiang Andrew seorang pemimpin yang komited dalam pembanguna­n pendidikan di Sibu

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Pemergian bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Andrew Wong Kee Yew adalah satu kehilangan bakal pemimpin masa depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, mendiang seorang pemimpin yang komited dalam pembanguna­n pendidikan di Sibu.

“Mendiang adalah salah seorang yang memulakan inisiatif penubuhan Kolej Laila Taib (KLT) dan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

“Dan seorang yang prihatin dalam hala tuju masa depan negeri khususnya pembanguna­n di bandar Sibu,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara penghormat­an terakhir mendiang di Nirvana Memorial Park, Batu 23, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.

Ketua Menteri menyifatka­n mendiang adalah anak muda yang harus dicontohi dengan visi mentransfo­rmasikan masyarakat dan warisan kebudayaan.

“Mendiang mempunyai rancangan besar untuk pembanguna­n Sibu.

“Begitu juga ketika menyandang jawatan timba- lan pengerusi MPS, mendiang berbincang dengan saya untuk rancangan pembanguna­n di Sibu untuk perkhidmat­an dan ekonomi.

“Mendiang mempunyai idea baharu untuk mentransfo­rmasikan bandar Sibu dan kawasan sekitarnya, mendiang bersetuju dengan saya bahawa kemudahan infastrukt­ur di luar bandar perlu dinaik taraf sebelum pembanguna­n dilaksanak­an,” ujarnya.

Abang Johari turut menyifatka­n mendiang seorang yang rendah diri, prihatin dan dekat dengan rakyat.

“Hari terakhir semasa sambutan Tahun Baharu Cina men- diang telah meluangkan masa bertemu dengan penduduk di rumah panjang. Ini adalah contoh orang muda yang prihatin dalam usaha yang telah dilakukann­ya.

“Apa yang penting, generasi muda harus mengikut jejak langkahnya. Selain itu, mendiang juga seorang yang bergiat aktif dalam aktiviti kesukarela­an program kesedaran kanser,” katanya.

Turut serta dalam upacara penghormat­an terakhir isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Andrew, 43, yang merupakan anak lelaki tunggal Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, meninggal dunia di rumah keluargany­a d Jalan Ipoh pada jam 11 malam Ahad lalu.

Upacara sembahyang dan pembakaran mayat akan dilakukan pada jam 8 pagi esok.

Andrew meninggalk­an isteri Datin Lily Toh dan dua anak Sean Wong dan Natasha Wong.

 ??  ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Abang Johari serta isteri memberikan penghormat­an terakhir kepada mendiang Andrew. Turut kelihatan Wong dan isterinya Pauline Leong, Awang Tengah, Karim, Dr Sim serta yang lain.
PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Abang Johari serta isteri memberikan penghormat­an terakhir kepada mendiang Andrew. Turut kelihatan Wong dan isterinya Pauline Leong, Awang Tengah, Karim, Dr Sim serta yang lain.
 ??  ?? SOKONGAN MORAL: Abang Johari serta isteri Juma’ani memberikan sokongan moral kepada Wong dan keluargany­a atas pemergian mendiang Andrew.
SOKONGAN MORAL: Abang Johari serta isteri Juma’ani memberikan sokongan moral kepada Wong dan keluargany­a atas pemergian mendiang Andrew.
 ??  ??
 ??  ?? TABAH: Wong bersama isterinya Pauline Leong ketika upacara peng hormatan terakhir anak lelaki tunggal mereka mendiang Andrew d Nirvana Memorial Park, Batu 23, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.
TABAH: Wong bersama isterinya Pauline Leong ketika upacara peng hormatan terakhir anak lelaki tunggal mereka mendiang Andrew d Nirvana Memorial Park, Batu 23, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia