Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Krokong, Tringgus, Gumbang tubuh pasukan perimeter survei tanah NCR

-

Penduduk di Krokong, Tringgus dan Gumbang menubuhkan pasukan perimeter survei tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebagai usaha untuk mendapatka­n surat hak milik tanah mereka di bawah Seksyen 18, Kanun Tanah Sarawak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh, peranan pasukan itu sangat penting dan penduduk dari ketigatiga kampung terbabit harus memberi kerjasama untuk memastikan kerja penyukatan perimeter tanah NCR mereka berjalan lancar.

“Ini adalah titik permulaan untuk memastikan tanah kita dapat diiktiraf di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak, iaitu bagi lot individu.

“Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita saling bekerjasam­a memastikan agar kerja penyukatan ini tidak diganggu dan disiapkan tepat pada masanya,” katanya ketika melancarka­n Program Perimeter Survei bagi kawasan Krokong, Tringgus dan Gumbang di Kampung Pedaun Bawah di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Miro berkata kerja penyukatan perimeter tersebut dijangka siap Julai tahun ini dan akan dihantar ke Jabatan Tanah dan Survei untuk didokument­asikan.

“Saya amat berharap agar perimeter survei di sini berjalan lancar, tidak seperti kawasan-kawasan lain yang banyak tertangguh kerana tidak mendapat kerjasama daripada penduduk,” katanya.

Beliau juga menyatakan keyakinann­ya terhadap komitmen yang ditunjukka­n penduduk dari ketiga- tiga kawasan itu, dalam usaha menjaga tanah mereka.

Katanya lagi, pegawai Jabatan Tanah dan Survei juga akan dijemput sebaik sahaja kerja penyukatan perimeter tersebut selesai, untuk menjelaska­n kepada penduduk mengenai pengeluara­n surat hak milik tanah di bawah lot individu.

 ??  ?? SIMBOLIK: Penghulu Joryim Ngayop (lima kiri) menyerahka­n ‘pek’ belian kepada Miro (tujuh kiri) sebagai simbolik pelancaran Program Perimeter Survei bagi Krokong, Tringgus dan Gumbang.
SIMBOLIK: Penghulu Joryim Ngayop (lima kiri) menyerahka­n ‘pek’ belian kepada Miro (tujuh kiri) sebagai simbolik pelancaran Program Perimeter Survei bagi Krokong, Tringgus dan Gumbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia