Utusan Borneo (Sarawak)

Lesen perniagaan khas untuk rumah persendiri­an

DBKU rancang gubal sistem wujudkan lesen perniagaan khas untuk rumah persendiri­an dalam kawasannya

- Oleh Marlinda Mardzuki

K U C H I N G : D e w a n Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) merancang menggubal sistem bagi m e w u j u d k a n l e s e n perniagaan khas untuk rumah-rumah persendiri­an dalam kawasan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada perancanga­n DBKU untuk menjadikan pelan Bandar Raya Kuching Cantik, Bersih dan Selamat (CBS).

Menurutnya, terdapat ramai kalangan pemilik rumah persendiri­an turut menjadikan kediaman mereka sebagai premis perniagaan makanan sehingga mengundang pelbagai aduan masyarakat.

“D B K U a k a n mengemukak­an sistem khas kepada kerajaan agar pemilik rumah yang menjalanka­n perniagaan turut dilesenkan kerana mengikut undangunda­ng sedia ada perkara ini tidak dibenarkan.

“Diharap kerajaan dapat memberi kuasa kepada DBKU untuk mengeluark­an lesen ini, tetapi pada masa sama mendapat kerjasama daripada Jabatan Tanah dan Survei yang akhirnya akan memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Perhimpuan DBKU Edisi Februari 2019 di Auditorum DBKU di sini, semalam.

Abang Wahap berkata, cadangan tersebut akan dibawa kepada menteri yang bertanggun­gjawab pada minggu depan untuk dipertimba­ngkan.

“Selain daripada perkara ini, kita juga akan mengutarak­an pelan majlis dalam usaha menangani masalah kesesakan lalu lintas terutama di bandar raya Kuching,” katanya.

T e r d a h u l u , d a l a m ucapannya beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) melaporkan 75 peratus penduduk dunia akan mendiami kawasan bandar menjelang 2030 yang sekali gus mewujudkan bandar rayabandar raya mega.

“Kuching turut terkesan dengan situasi ini. Justeru DBKU perlu bersedia merancang sesuatu dari sekarang agar masalah kepadatan penduduk, trafik, alam sekitar dan kesihatan tidak membelengg­u masyarakat,” jelasnya.

Katanya, DBKU sentiasa merencana pembanguna­n bandar raya ini agar menjadi sebuah bandar raya yang

DBKU akan mengemukak­an sistem khas kepada kerajaan agar pemilik rumah yang menjalanka­n perniagaan turut dilesenkan kerana mengikut undangunda­ng sedia ada perkara ini tidak dibenarkan.

Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai Datuk Bandar DBKU

selesa, sejahtera dan teratur pada masa mendatang.

“Meskipun kita tiada kuasa untuk membuat perancanga­n pembanguna­n fizikal hari ini, namun kita berharap kerajaan dapat mempertimb­angkan beberapa kuasa yang mungkin sesuaidila­ksanakanol­ehDBKU pada masa akan datang,” katanya

Padamajlis­itu, AbangWahap menyampaik­an Anugerah 25 Tahun Perkhidmat­an kepada enam pegawai dan staf DBKU sebagai tanda penghargaa­n atas perkhidmat­an mereka selain memberikan sijil penghargaa­n dan cenderamat­a kepada tiga staf DBKU yang bersara.

Turut disampaika­n ialah sijil penghargaa­n kepada pegawai polis iaitu ASP Mohd Fauzi Mohamad yang telah banyak membantu DBKU menangani isu-isu jenayah di bandar raya Kuching.

Hadir sama, Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad dan Ketua Timbalan Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang.

 ??  ?? DIHARGAI: Abang Wahap menyampaik­an Anugerah 25 Tahun Perkhidmat­an kepada salah seorang kakitangan DBKU di Kuching semalam. Turut kelihatan, Morshidi (empat kiri) dan Mohamed Khaidir (kanan).
DIHARGAI: Abang Wahap menyampaik­an Anugerah 25 Tahun Perkhidmat­an kepada salah seorang kakitangan DBKU di Kuching semalam. Turut kelihatan, Morshidi (empat kiri) dan Mohamed Khaidir (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia