Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi Permyjaya wajar diwakili parti Bumiputera

-

Penduduk Bumiputera yang tinggal di bandar raya ini mahu supaya cadangan untuk mewujudkan kerusi Permyjaya yang diwakili parti berasaskan Bumiputera perlu diberi perhatian semula.

Beberapa veteran dan bekas ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) mahu kerusi itu kelak diperuntuk­kan kepada PBB memandangk­an keduadua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen Miri sudah diperuntuk­kan kepada SUPP.

“Dengan adanya kerusi Permyjaya itu kelak, ia boleh mewakili suara dan kepentinga­n masyarakat Bumiputera di kawasan Miri ini,” kata salah seorang daripada veteran politik PBB Hasnan Ahmad.

Ketika ini, Parlimen Miri yang dikuasai PH- PKR diwakili Dr Michael Teo, mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Senadin (GPS-SUPP) yang diwakili Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin, Piasau (GPS-SUPP) yang diwakili Datuk Sebastian Ting dan Pujut (PH-DAP) yang diwakili Dr Ting Tiong Choon.

“Pengundi Bumiputera di sini pernah menyuaraka­n agar satu kerusi baharu diwujudkan untuk PBB beberapa tahun lalu, namun kemudian senyap dan kita tidak pasti sama ada cadangan itu pernah dikemukaka­n kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) atau tidak.

“Kini cadangan tersebut ‘ diungkit’ semula dan saya yakin PBB di sini, masih lagi mahu melobi kerusi tersebut,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut Hasnan, adalah wajar untuk sebuah kerusi baharu ( Permyjaya) diwujudkan kerana kawasan berkenaan mempunyai ramai penduduk dan pengundi Bumiputera, malah PBB mempunyai banyak cawangan kecil di ketiga- tiga cabang utama Piasau, Pujut dan Senadin.

“Cadangan pembahagia­n ini pernah dikemukaka­n ahli-ahli dan pemimpin PBB kepada bekas ketua menteri Allahyarha­m Tok Nan.

“Kini, saya rasa wajar untuk pembahagia­n kerusi ini dikemukaka­n semula dan kita mahu kerajaan GPS memperuntu­kkan kerusi baharu itu kelak kepada PBB dan seterusnya dipertandi­ng pada Pilihan Raya Negeri (PRN),” tambah beliau lagi.

Hasnan mengakui beliau turut menerima maklum balas positif daripada masyarakat Bumiputera lain di sini yang terdiri daripada kaum Melayu, Iban, Orang Ulu, Bidayuh, Melanau dan sebagainya yang mahu suara mereka diwakili wakil rakyat Bumiputera serta menyokong persempada­nan semula bagi mewujudkan kerusi DUN baharu untuk kawasan Permyjaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia