Utusan Borneo (Sarawak)

Tukang kimpal disabit atas dua tuduhan dadah

-

Seorang tukang kimpal didenda RM7,500 atau 11 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya.

M a h k a m a h t u r u t memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak berkuasa selama tempoh dua tahun.

Bong Kueh Yung, 39, dari Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditaktifka­n di bawah Sesyen 2 Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didapati telah m e n g g u n a k a n d a d a h berbahaya jenis amphetamin­e dan methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah itu ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12 tengah hari, 9 Januari 2017 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh juga didapati telah menggunaka­ndadahberb­ahaya jenis sama tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 7.50 malam, 23 Januari 2018 di pejabat BSJND Miri.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an dia hanya bekerja sebagai tukang kimpal serta duda tiga anak.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh didenda RM3,500 atau lima bulan penjara dan denda RM4,000 atau enam bulan penjara bagi kesalahan kedua.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa manakala tertuduh tidak diwakil peguam bela.

Sementara di mahkamah berasingan, Bong turut didenda RM2,800 atau empat bulan penjara kerana melakukan kesalahan serupa.

Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak berkuasa selama tempoh dua tahun.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapat telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis amphetamin­e dan methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadua Pertama ADB 1952 dengan memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.50 pagi, 13 Disember 2018 d pejabat BSJND Miri.

Bagi kesalahan itu, Bong turut didakwa mengikut Seksyen 15 ( 1) ( a) ADB 1952.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia