Utusan Borneo (Sarawak)

Cuba lupus kabel curi, lelaki didenda RM2,000

-

Seorang lelaki didenda RM2,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memindahka­n harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Yong Jee Lung mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan niat memindahka­n harta curi iaitu wayar kabel milik sebuah syarikat pendingin hawa dan elektrik dengan melupuskan kabel itu dengan cara menjualnya kepada seorang individu lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 5.07 petang, 28 Disember 2018 di aras lima sebuah bangunan letak kereta di Times Square Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia