Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik antara enam lelaki dituduh perdagang wanita

-

Enam lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas pertuduhan memperdaga­ngkan empat wanita warga asing untuk eksploitas­i seks sejak tahun lepas.

Yeong Kuang Chun, 19, serta abangnya Yeong Kuan Seong, 23, Tan Lik Quan, 22, Kam Qi Wen, 22, Ang Boon Haw, 33, dan Ng Choon Hooi, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Yeong serta abangnya menghadapi tiga pertuduhan manakala Tan, Kam dan Ang menghadapi empat pertuduhan dan Ng menghadapi satu pertuduhan.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Perniagaan Manjung Point 1 dekat Seri Manjung antara September 2018 hingga 16 Jan lepas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Hong Chong Hang.

Mahkamah membenarka­n Yeong serta abangnya Tan, Kam dan Ang diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan manakala Ng diikat jamin RM10,000 selain menetapkan 27 Feb ini untuk sebutan semula kes dan kesemua tertuduh perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia