Utusan Borneo (Sarawak)

Cuba curi tayar kereta, pemandu Grab didenda RM1,500

-

Seorang pemandu servis e-panggilan Grab yang cuba mencuri tayar sebuah kereta lama untuk dijadikan tayar simpanan kenderaann­ya dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatuhka­n hukuman itu terhadap Yu Siong Meng, 55, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri sebiji tayar kereta milik Ng Eng Hong, 61.

Ketika ditanya Mohamad Ikhwan mengapa dia cuba mencuri tayar itu, Ng berkata dia hendak menggunaka­n tayar itu sebagai tayar simpanan bagi kenderaann­ya.

Kesalahan itu dilakukan d tempat letak kereta terbuka Pangsapuri Bayu Puteri Damansara, di sini, pada 3 petang, 1 Februari lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a, dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum dengan hukuman penjara dan sebat, dengan syarat tempoh pemenjaraa­n kali kedua tidak melebihi kali pertama.

Mengikut fakta kes, seorang daripada penduduk pangsapuri itu telah melihat tertuduh sedang cuba membuka tayar kereta tersebut dan sempat merakam perbuatan lelaki itu di telefon bimbit miliknya sebelum tertuduh ditahan pihak polis.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Soubian memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh bagaimanap­un lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga.

Di mahkamah sama, penyelia pusat hiburan A. Tanesh 24, dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau dua bulan penjara kerana tidak mempamerka­n lesen perniagaan di premis tersebut.

Mohamad Ikhwan menjatuhka­n hukuman itu terhadap Tanesh selepas dia mengaku bersalah gagal mematuh syarat-syarat lesen perniagaan dengan tidak mempamerka­n lesen di pusat hiburan GKG Global Enterprise, Zenith Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, di sini pada 12.05 tengah malam, 26 Januaru lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 11(1) Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustr­ian Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara yang boleh sampa setahun atau kedua-duanya.

Nor Baizura memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal bagaimanap­un peguam Yusri Yusoff yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain dia telah insaf setelah ditahan reman polis selama dua hari — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia